Followers

Thursday, January 21, 2010

Ingatkan aku...

Assalamu'alaikum sahabatku

Nak mintak tolong sikit boleh tak?

Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah jangan dilupa
Usah diluka hati dan perasaan
mereka

Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar ingatan
Tapi tarbiyyah berpanjangan

Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah AlQuran
Tika radio penuh hiburan
Tika televisyen penuh crita mengasyikkan

Tolong ingatkan aku
Dimana Islamnya zahirku
Jika aku lupa matlamat sebenar diriku
Untuk perjuangan islam

Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan iman
Kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan

Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya diserahkan jiwa
Segala-galaNya Dialah tumpuan

Tolong ye ingatkan

NILAI SEORANG WANITA

Allah telah menciptakan kaum hawa dengan seribu satu keindahan. Malah, untuk melengkapkan keindahan itu, di kurniakan pula kepada mereka berbagai-bagai keistimewaan yang tidak terhingga dari segi dalaman mahupun luaran.secara disedari atau tidak, keistimewaan itulah yang sering kali kita eksploitaikan samada untuk kepentingan peribadi atau orang lain.

Kecantikan dan kelembutan adalah termasuk dalam keistimewaan itu.Tika menilik di hadapan cermin, seringkali tertanya-tanya “Dimana letaknya kecantikan seorang wanita pada diri kita?Mungkinkah pada sepasang mata hening beralis lentik yang selalu menjeling tajam kadang-kadang malu-malu memberi kerlingan manja?Atau boleh jadi pada bibir yang tidak pernah jemu menguntum senyuman semanis madu? Ataupun pada hidung mancung yang saban waktu menghidu haruman mawar-mawar indah di taman atau mungkin juga pada hilai tawa yang gemersik dan suara manja yang boleh melembutkan hati sekaligus menghangatkan perasaan?”

Sebenarnya berjuta-juta perkataan belum cukup untukmenceritakan dan mendefinisikan keindahan seorang wanita.Kitalah wanita itu, panjatkanlah kesyukuran kita ke hadrat Ilahi kerana menjadikan kita perempuan dan atas keindahan-keindahan itu.

Namun begitu, kecantikan bukanlah segala-galanya bagi seorang wanita.Walau secantik manapun wanita itu, ia masih belum dapat menjadi ukuran kepada kesempurnaannya.Kecantikan,walau serapi manapun dijaga,ia tetap akan pergi.Wajah yang sering ditatap di hadapan cermin, dibelai saban waktu, tetap akan suram dan berkedut apabila tiba waktunya.Kecantikan luaran hanya bersifat sementara, ia tidak akan kekal.Suatu yang tidak kekal akan tetap dimamah usia bila-bila masa saja.

Justeru,di manakah kecantikan sebenar seorang wanita?”Wanita adalah perhisan dunia dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”.Rasulullah tidak menyebut wanita cantik, wanita cerdik atau wanita sahaja, tetapi seindah perhiasan.Ini bermakna ada nilai yang lebih utama pada diri seorang wanita selain dari kecantikan, kecerdikan dan kehebatannya.

Nilai yang istimewa itu tidak lain dan tidak bukan adalah KESOLEHAN wanita itu sendiri.Bagi lelaki yang bijak dan soleh, mencari wanita solehah adalah sukar, lebih sukar dari mencari intan berlian.Nilai di hati seorang wanita solehah adalah amat tinggi, wanita solahah adalah selamat hatinya, yang dapat menyelamatkan diri di dunia dan akhirat.

Sunday, January 17, 2010

Langkah Pertama

Assalamualaikum…
Buat semua blogger yang sudi ziarah ke blog ana..Alhamdulillah, berkat cetusan ilham dari Allah.,pada mulanya ana tak confident membuat blog tapi dorongan adik-beradik ana membuatkan ana mencuba..bagi ana sesuatu yang baru..ana akan cuba membuatkan blog ini ceria dan dpt memberi input yang berguna kepada peminat-peminat blog..akan perbaharui dari semasa ke semasa..cuba menjadikan blog ini sebagai platform untuk berkongsi catatan pengalaman, suka duka dalam kehidupan yang sementara ini selain wadah untuk berkongsi info2 yang ana rasakan perlu dikongsi bersama..InsyaAllah ana akan cuba menjadikan ruangan ini sebagai satu cara untuk berdakwah.. ana masih bertatih dalam penulisan..sebarang idea dan kritikan membina amatlah dialu2kan untuk manfaat bersama..

Bicaraku tak seindah pujangga
Madahku tak sehebat bahasa
Hasratku berjuta makna
Tak terucap dek kata-kata
Kerana di hati terkandung segalanya.