Followers

Sunday, February 14, 2010

SAMBUTAN VALENTINE'S DAY BOLEH MEROSAKKAN AKIDAH UMMAT ISLAM

Masih belum terlambat ana melahirkan kebencian kepada Perayaan 'Hari Memperingati Kekasih' atau lebih dikenali dengan Valentine's Day.

Fenomena perayaan Hari Valentine tidaklah terlalu asing di Malaysia. Para remaja sekarang lebih meraikan budaya syaitan ini daripada perayaan agama Islam itu sendiri. Mereka biasa merayakannya dengan saling memberikan bunga dan hadiah kepada kekasihnya, kadang-kadang mereka mengadakan pesta muzik yang dihidangkan dengan minuman keras. Perayaan ini pun bukan hanya dilakukan oleh anak muda sahaja tetapi pasangan suami isteri juga turut meraikannya.

Lebih merisaukan lagi, budaya ini banyak menular dikalangan remaja Islam, golongan yang selalu dipesan oleh Rasulullah S.A.W supaya golongan ini menjaga perilakunya dengan ajaran Islam dan tidak mengikut cara hidup orang kafir malah mereka hanyut dalam perayaan jahiliah ini dengan meninggalkan akidah Islam.

Namun, apabila mereka kembali melupai ajaran Islam untuk dipraktikkan dalam kehidupan, maka mereka kembali ditimpa dengan pelbagai kehinaan. Benarlah sebagaimana ucapan Saidina Umar al-Khattab yang menyatakan:


“Kita adalah suatu bangsa dan golongan yang telah dimuliakan Allah apabila kita berpegang dengan ajaran Islam, akan tetapi sekiranya kita mencari kemuliaan dengan selain daripada Islam, sudah tentu Allah akan menimpakan kepada kita kehinaan!”.


Mengikut sejarah, Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Paderi besar Pope. Ada beberapa versi yang mengaitkan paderi St. Valentino ini dengan sambutan Valentine's Day. Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap sesuatu yang tidak boleh dilupakan dan sangat bermakna. Sehubungan dengan itu, tanggal 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk merayakan kemenangan tersebut pada setiap tahun, sekaligus dapat mengenang jasa St. Valentino itu.


Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaannya menumpaskan kerajaan Islam Sepanyol, dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam, manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila beliau ditanya tentang bentuk ganjaran yang beliau inginkan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan bahawa dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Perkara ini menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengikut mazhab Protestan, apatah lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.


Berdasarkan sejarah asal-usul sambutan Valentine's Day ini, mengapakah masih terdapat umat Islam yang masih menganggap bahawa Hari Valentine itu begitu istimewa? Mengapakah masih terdapat umat Islam yang hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli dan semberono sedangkan mereka mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu?! Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang bermaksud:


'Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.'


Diharap masyarakat lebih sedar, supaya tidak lagi terpengaruh dengan anasir-anasir negatif yang disuntik halus oleh orang kafir dan tidak buta untuk menilai setiap tindakan mereka yang bercanggah dengan Islam. Jangan diulangi lagi kesilapan yang lalu.


Wednesday, February 10, 2010

KETIKA CINTA BERTASBIH

KETIKA CINTA BERTASBIH..

Satu perkongsian ana selepas menonton cerita Ketika Cinta Bertasbih..menjaga aurat, tidak menyentuh antara bukan muhrim..sebenarnya kita boleh mengarah filem yang tidak ada langsung unsur yang boleh mencacatkan imej islam..satu cerita yang memang Islamic..banyak ilmu yang kita dapat dari selitan ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis..

Ketika Azzam gigih mencari rezeki walaupun dia tahu tanggungjawab dia sebagai pelajar juga perlu dituntut tapi dia juga memikirkan tanggungjawab dia sebagai anak yang ingin mengurangkan beban ibunya untuk menyara adik2nya yang jauh di perantauan..ana masih ingat kata-kata Mak Ndak ana,klu kita pulang ke rumah walaupun sekejap dengan menggembirakan hati mak dan ayah kita, berbakti sepenuhnya kepada mereka berdua, tanpa disangka-sangka bantuan yang ikhlas ini dapat ditukar dengan kejayaan kita.. Akhirnya Azzam najah dalam imtihannya..

Pulang ke tanah air masyarakat pula akan memandang orang yang berkelulusan Al-Azhar(khususnya) ataupun berkelulusan agama(amnya)yang boleh membimbing mereka..ikhwah akhawat sekalian kita perlu bekalkan dalam diri kita ilmu-ilmu yang kita dapat semasa pengajian kita..persepsi mahasiswa sekarang belajar atas dasar pointer atau dalam erti kata lain hanya untuk peperiksaan..dari segi pemahaman kurang..tapi lain pula cerita kalau seseorang itu hanya berkawan dengan buku, kurang bersosial dengan orang lain, tidak pernah berorganisasi juga tidak dapat melatih kita untuk berdepan dengan masyarakat menyebabkan kita tidak ada keberanian dalam menyebarkan ilmu yang kita ada..

Episod ke 2 banyak berkisarkan cerita Azzam mencari jodoh yang terbaik untuknya..banyak usahanya melamar gadis-gadis yang dia rasa cocok dengannya tapi apakan daya jodohnya belum sampai..mungkin Allah sudah tetapkan jodoh yang terbaik untuknya..sampai satu tahap dia diuji kehilangan ibu, ujian yang sangat berat baginya..tapi kita perlu ingat setiap pertuturan Allah mesti ada hikmah yang tersirat..part yang lain Anna diuji dalam rumah tangganya..klu dari mula matlamat kita berkahwin hanya cinta kepada manusia melebihi cinta Allah, kita takkan bahagia.. .Furqan tidak mahu melepaskan Anna kerana dia sangat mencintai Anna..atas dasar kecintaannya menyebabkan Furqan tidak berani jujur kepada Anna tentang penyakitnya menyebabkan akhirnya mereka bercerai..perancangan Allah yang lebih hebat..kalau kita berpegang teguh dengan janji Allah, InsyaAllah kita akan dapat yang terbaik dalam diri kita..Wanita yang baik untuk Lelaki yang baik..Wanita yang solehah untuk Lelaki yang soleh..akhirnya Azzam bertemu jodoh dengan wanita yang tidak disangka2 menjadi teman hidupnya iaitu Anna..

Sahabat jangan mengira ana ini terlalu fanatic dengan cerita ini..kalau sahabat2 dpt menilai jalan ceritanya, kita dapat praktikkan dlm diri kita sebagai seorang Muslim..jln cerita yang tidak elok jgn kita ambil, tapi yang elok kita ambil..kita jgn hanya perlu melihat, mendengar shj tetapi kurang dari segi pengamatan, penilaian tentang hal sekeliling..kadang dengan pengalaman orang lain kita dapat belajar tentang hidup.. Jadi, sahabat-sahabat sama-samalah kita fikirkan dalam method penyampaian dakwah yang efektif dan dipraktikkannya.

Hanya sekadar membuka minda sahabat2..Banyak filem di Malaysia walaupun pelakon bertudung tetapi pergaulan antara bukan muhrim sangat bebas..kadang-kadang hanya dalam filem bertudung tetapi bila di dunia realiti tudung entah ke mana..tanpa mereka sedar mereka telah mempermainkan agama Islam itu sendiri..filem sekarang lebih kepada merosakkan akhlak remaja..kerajaan sudah buntu bagaimana hendak menyelesaikan masalah keruntuhan akhlak remaja sekarang yang semakin meruncing padahal mereka tidak memikirkan punca sebenar permasalahan tersebut..mereka tidak menapis atau menilai filem-filem yang diterbitkan..adakah berunsurkan kebaikan atau banyak yang yang berunsurkan keburukkan???Fikir-fikirkanlah..

P/S : JANGAN TERKEJUT PULA KALAU GAMBAR DI ATAS TERTULIS SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI 1429H..TAK SEMPAT NAK EDIT..HEHE..