Followers

Saturday, July 24, 2010

.::BILA AL-QURAN MULA BERSUARA:..

Waktu engkau masih kanak-kanak

kau laksana kawan sejatiku

Dengan wudu',

Aku kau sentuh dalam keadaan suci,

Aku kau pegang

Aku,kau junjung dan kau pelajari

Aku engkau baca dengan suara lirih

atau pun keras setiap hari

Setelah selesai

engkau menciumku mesra.

Sekarang engkau telah dewasa

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku

Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah?

Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan

yang tidak menambah pengetahuanmu

Atau,

menurutmu aku hanya untuk anak kecil

yang belajar mengaji.


Sekarang,

Aku tersimpan rapi sekali,

sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan

Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.


Kadang kala Aku dijadikan mas kahwin

agar engkau dianggap bertaqwa

Atau Aku kau buat penangkal

untuk menakuti iblis dan syaitan.


Kini Aku lebih banyak tersingkir,

dibiarkan dalam bersendirian, kesepian.

Di dalam almari,

di dalam laci,

aku engkau pendamkan.


Dulu pagi-pagi

surah-surah yang ada padaku

engkau baca beberapa halaman.

Di waktu petang,

Aku kau baca beramai-ramai

bersama temanmu di surau.


Sekarang

seawal pagi sambil minum kopi

engkau baca surat khabar dahulu

Waktu lapang

engkau membaca buku karangan manusia

Sedangkan Aku

yang berisi ayat-ayat

yang datang dari Allah Azzawajalla,

Engkau abaikan dan engkau lupakan.


Waktu berangkat kerja pun

Kadang2 engkau lupa baca

pembuka surah2ku(Bismillah).

Di dalam perjalanan

engkau lebih asyik menikmati musik duniawi

Tidak ada kaset yang berisi

ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu

Sepanjang perjalanan,

radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu

Mengasyikkan.


Di meja kerjamu tidak ada Aku

untuk kau baca

sebelum kau mulai kerja

Di Komputermu pun

kau putar muzik kegemarammu

Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.

E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun

kau abaikan

Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu

Benarlah dugaanku

bahawa engkau kini

sudah benar-benar hampir melupaiku.


Bila malam tiba engkau tahan

bersekang mata berjam-jam di depan TV.

Menonton siaran televisyen

Di depan komputer

berjam-jam engkau betah duduk

Hanya sekedar membaca berita murahan

dan gambar sampah.


Waktupun cepat berlalu

Aku semakin kusam

dalam laci-laci mu

Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama.


Seingatku,

hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali

Itupun hanya beberapa lembar dariku.

Dengan suara dan lafaz

yang tidak semerdu dulu

Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku

Atau waktu kematian saudara atau taulanmu.


Bila engkau di kubur sendirian

menunggu sampai kiamat tiba

Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya

Apakah TV, radio ,hiburan

atau komputer dapat menolong kamu?

Yang pasti

ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu

Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t.


Sekarang

engkau begitu enteng membuang waktumu

Setiap saat berlalu

Dan akhirnya

kubur yang setia menunggu mu

Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu.


Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati

Di kuburmu nanti

Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.

Yang akan membantu engkau membela diri

Dalam perjalanan ke alam akhirat.

Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu.

Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.


Peganglah Aku kembali

bacalah aku kembali setiap hari.

Karena

ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.

Yang berasal dari Allah Azzawajalla

Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah

Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu.


Keluarkanlah Aku

segera dari almari, lacimu

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu

Agar engkau senantiasa mengingati Tuhanmu

Sentuhilah Aku kembali.


Baca dan pelajari lagi Aku

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari

walau secebis ayat

Seperti dulu

Waktu engkau masih kecil

Di surau kecil kampungmu yang damai

Jangan aku engkau biarkan aku sendiri

Dalam bisu dan sepi..

Friday, July 16, 2010

.::JANGAN!! JANGAN BACA!!::.

mesti pelik kan tgk tajuk posting ana kali ni..
saje ana nak tulis satu entri khas untuk adik bongsu ana ni..
anda semua tak yah la baca ye..

la..nak baca jugak
ok lah perenggan ni boleh baca..

minggu lepas adik ana ni call kami sekeluarga..lama tak dengar khabar dia..apalagi ayah ana excited la tiba2 anak bongsu kesayangan dia call..mula2 just tanya khabar..pastu adik ana keluar cerita result exam dia jatuh..so give up la dia ni..kononnya nak tukar sek men..ayah ana tak setuju la dgn keputusan dia..mana taknya adik ana ni belajar kat sek men persekutuan kajang, sek berasrama penuh..tiba2 mintak nak tukar ke sek men..sapa la yang setuju..pastu merajuk la si adik ni, bagi salam terus letak telefon..mak ayah kata adik mmg mcm tu bila result dia jatuh, cumanya kita kena bagi motivasi selalu..ye la anak bongsu, jauh dari mak ayah pulak tu..dulu ada jgk mnta nak tukar sek..tapi kira ok la sbb dia nak tukar ke maktab mahmud..mybe kali ni teruk sgt kut sampai minta tkr ke sek men..ye la satu family gen maahad dari mak ayah sampai anak2 ngaji maahad..cuma 2 org anak ayah ngaji sek lain..adik perempuan ana smka sik, yang ni dulu pun buat perangai nk tkr ke maahad sbb mmg cita2 dia nak ngaji maahad, tp time tu ayah ana sesak duit..mana taknya anak kembar nak masuk maahad sekaligus..biaya bsr klu nk ngaji situ..jd berkorban la slh sorg..skrg ni pun dh sambung UIA PJ..yang bongsu SMAP Kajang..tergugat la 2 orang adik ana ni..nama pulak sama afif, afifah..tak kisah la ngaji mana pun yang penting anak2 ayah mak berjaya kan..ala beza sek je pun..

nak dijadikan cerita..
petang tu ayah ana kata kat kami semua
"sapa2 yang ada blog tulis motivasi kat adik, bagi nasihat sikit"
dah merajuk, lama pulak la dia nak call..
so ana tulis la entri ni utk adik kesayangan ana sorang ni..

ok perenggan yang ni tak yah la baca ye!!!
just untuk adik bongsu ana..

adik sayang..bila la adik nak berubah, bila result exam adik teruk benda yang sama kakak dgr 'nak tukar skolah, nak tkr skolah'..tak dak perkataan lain 'lps ni cik pulun'..kakak tgk riak muka ayah hampa bila adik kata nak tukar sek men..adik belum matang lagi nak nilai sesuatu benda..lepas ni nak buat satu2 keputusan adik fikir panjang, jgn terus buat keputusan melulu..jgn putus asa sbb ni baru permulaan..dulu form 1 adik baru nak merangkak, nak biasakan diri dgn tmpt baru, suasana baru, jauh dari mak ayah, jauh dari kakak n abg2..dah form 2 adik boleh berjalan dah sikit2 walaupun kadang2 masih jatuh(result exam jatuh)..adik fhm kan maksud kakak..abg penah crita kat kakak yang adik penah kata kat abg 'lps ni cik nk smbg ngaji kat London'..kakak kata kat abg hebatnya cita2 adik..adik masih igt lg??kakak cabar adik, cita2 adik ni bukan angan semata2 tapi beberapa tahun lagi kami nak tgk adik terbang ke London City..boleh adik terima cabaran kakak??

sapa yang tak penah give up ngn exam?abg, kakak, amar, fah, amir, akmal..semua penah jatuh..tp kami semua boleh bangkit lagi..motivasi balik diri..adik pandai bukan tak pandai cumanya adik duduk di kalangan budak2 genius, mmg kita perlu bersaing lebih hbt dari diorg..cari kwn2 yang boleh kongsi ilmu..jd anak murid kesygn cikgu..adik mmg kena berdikari dok kat sana..bila balik rumah tak pa la nak manja pun sbb ada kakak, mak, ayah, abg..bila dok sana semua kena urus sendiri..ala adik ada abg n fah dok dkt ngan adik..tahun dpn dah form 3, dh matang kut noh..nak exam PMR dah, pastu kena fikir nak ambik aliran pa kan?semua kena buat sendiri..jgn harap kat ayah dh..time tu adik dh pandai buat keputusan..apa2 keputusan yang adik nak buat, ingat mak ayah..dh byk depa berkorban utk adik kan??adik suruh hntr bila nak masuk form 2, ayah mak sanggup hantar..sapa yang paling seronok bila adik dpt smap kajang kalau bkn mak ayah..adik imbas balik..kami semua akan doa kejayaan adik..

INGAT!! KEJAYAAN ADIK ADALAH KEJAYAAN MAK AYAH, KEJAYAAN SEMUA..
BE THE BEST, AMONG THE BEST

p/s : tak semua kegagalan yang kita dapat tak diselangi dengan kejayaan..




Saturday, July 10, 2010

.::AKU SEBIJI CAWAN::.

Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka..

Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Cantik kan cawan itu, " kata si nenek kepada suaminya.


"Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk.

Pada ketika mereka mendekati cawan itu,tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara, "Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna..

Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar..Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku menjerit..

Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop jeritku lagi..Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan jeritanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! jeritku dengan kuat. Stop ! Cukup ! jeritku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !

' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk.

Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku..

Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku menjerit. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini !

Sambil menangis aku menjerit sekuat-kuatnya. Tapi orang ini tidak peduli dengan jeritanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk.

Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali..

Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya..

Pengajaran:

Terkadang kita harus menghadapi kesukaran terlebih dahulu
sebelum memperolehi kesenangan..

Kata pepatah,
"Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ketepian,
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"

Kita juga dapat membuat kesimpulan lain melalui cerita ini,
MANUSIA!!!
manusia sejak azali sudah dikatakan cantik
Firman Allah:
"Manusia diciptakan sebaik-baik kejadian"
disini ana nak kaitkan dengan hal di akhirat kelak...
secantik, sesegak manapun manusia itu,
jika selalu bergelumang dengan dosa,
api nerakalah yang kan menjadi habuannya,
di dunia,
dia menggunakan kecantikan yang Allah bagi,
untuk melakukan maksiat,
menyalahgunakan kecantikan..

Berbalik pada cerita ini,
sebiji cawan yang asalnya hodoh,
tapi dia sedar asal usul kejadiannya.
Tapi manusia,
bila dah cantik,
bila dah kaya,
bila pegang jawatan tinggi,
lupa siapa yang memberi..

Allah mengujimu dalam kehidupan
supaya engkau
menjadi insan yang lebih baik pada masa hadapan..
Jadi, bersabarlah..
teruskan langkah, jangan mudah mengalah..
Dia tak kan membebanimu diluar batas kemampuanmu..
..insyaALLAH..

ALLAH Pencipta Manusia,
Dia Lebih Mengetahui Yang Terbaik Buat CiptaanNYA

sama-samalah kita muhasabah..

.: tinggalkan komen anda disini :.

Monday, July 5, 2010

.::TAJDID::.

Assalamualaikum..

syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat iman dan islam,

selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W

alhamdulillah sekali lagi diberi peluang utk mencoret sesuatu di dlm blog ini

kali ini blog ini berlainan sikit dari sebelumnya

sebab blog ini baru tukar template...

wajah baru...!!

dah lama ana cari template colour hijau..

akhirnya ana jumpa..

walaupun template dlu pun ok cz ana suka jgk kedamaian..

nampak tenang je tengok pantai..

tapi ana lebih suka colour hijau..

kebetulan ada sbb jgak ana tukar

cz ada masalah kat template lama..

baru tahu bila sahabat ana cakap blog ana tak boleh nak add list..

tapi ok jgk bleh tukar,

lagipun sekarang dunia blog dah maju..

senang je nak tukar template..

ada ada kat blog kita design "template designer"..

apa pun moga anda dapat manfaat dari blog ini..InsyaAllah..

.:tinggalkan komen anda di sini:.