Followers

Tuesday, April 26, 2011

.::IJTIMA' SAQAFAH TARBIYAH::.

Alhamdulillah, pujian hanya untuk Allah S.W.T, yang mentadbir sekalian alam.

Selawat dan salam buat kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W.

Peristiwa demi peristiwa, pengalaman demi pengalaman bisa mematangkan diri untuk terus hidup menghambakan diri kepada Allah Azza Wa Jalla.

Alhamdulillah, khamis yang lepas diberi peluang join program adik2 sekolah menengah agama seluruh Kedah, alang2 bleh jumpa adik2 maahad kat program tersebut, program ISTAR (Ijtima' Saqafah Tarbiyah) under PAKSI, Allah best sgt, kebetulan malam tu Ust. Zainul Asri bg ceramah. Rindunya suasana program zmn sekolah, sekarang kurang la halawah tu. Biasala mana nk jumpa lg tempat yang sama. Suasana sekolah tak sama dgn suasana di ipt. Sahabat pun mana ada yang sama, lain perangai lain perwatakkan. Curi-curi masa nak pergi, walaupun dlm fatrah exam. Rasa diri ini kosong sgt dgn ilmu ukhrawi, jz tumpu madah exam. Sedikit pengkongsian ilmu yang ana dapat dlm ceramah Ust. Zainul, atau lebih mesra dipanggil Pak Long.

Pak Long bercakap pasal rukun baiah yang ketiga, Amal. Amal kembar kepada Iman. Jika nak tingkatkan iman, mesti kita kena beramal soleh. 2 cabang inilah antara penyebab Islam akan menang, agama Islam akan jd kukuh dan mendapat kebahagian dunia akhirat. Ana bg contoh semasa peperangan zaman seorang sahabat. Pernah mereka kalah dlm peperangan, sahabat tersebut lakukan postmortem. Sepertiga malam, sahabat tersebut melawat kawasan khemah, dilihatnya semua khemah bangun utk qiamullail, kecuali satu khemah penghuninya sedang tidur. Kesimpulan, jika kita tak beramal soleh dgn Allah macam mana Islam akan menang terutama kemenangan Islam di Malaysia.

Nak mantapkan Iman??

  • Jaga kefardhuan yang difardhukan oleh Allah kepada kita.

-Solat jemaah- sibuk macam mana pun, jangan kurang solat jemaah 3 waktu, usaha untuk dapatkan takbiratul ‘ula kerana solat itu paling berkualiti.

· Kusyuk

-tumpukan pandangan mata ke tempat sujud, jangan biarkan mata meliar, ia akan membuatkan fikiran akan melayang memikirkan benda2 lain. Kecuali semasa tahiyat akhir ketika jari telunjuk diangkat, mata akan tertumpu kepadanya.

[ada seorang sahabat dipanah di bahagian bahu ketika peperangan, sahabat lain ingin mencabut tetapi dia sakit yang teramat jadi dia meminta panah tersebut dicabut ketika dia sedang solat. Ketika solat sahabat lain mencabut panah tanpa melihat reaksi kesakitan oleh sahabat tersebut, menampakkan dia betul2 kusyuk ketika solat]

*erm jz selingan,seorang ustaz ditanya soalan ‘bagaimana cara nak mengetahui barang lupa letak di mana’ (mungkin la ada doa)..ustaz tu jwb dgn tak serius, ‘solat dulu nnt jumpa la barang tu’

· Perbanyakkan solat sunat lebih2 lagi solat sunat qobliah dan ba’diah.

· Jaga pandangan mata, mata akan membuatkan hati tak terjaga, jika hati tak terjaga maka akan hilanglah kemanisan semasa berdepan dengan Allah.

· Warak(berada di atas landasan Allah)

-jika nak Islam menang, jadilah kumpulan pendesak dgn cara beramal soleh dan meramaikan kumpulan seperti kita.

MEMBINA PERIBADI MUSLIM

Merasa tenang melihat mukanya, peribadinya, kalau sebaliknya, dia bukan dikira seorang muslim lagi. Dia akan tenang, bila Allah sentiasa di hati (bukan, TV9, dekat di hati ^_^) tapi Allah yang utama.

على بذكر الله تطمئن القلوب

-ketika Ustaz Nikmat Bin Yusof berada di tengah2 kota London, sepasang kekasih yang melihat beliau dari seberang jalan merapati beliau dan berkata ‘tenangnya aku tengok muka kamu, mesti kamu lagi tenang kan?’

-saat Tok Guru Nik Aziz di serang di setiap penjuru, tapi dia tak cepat melatah, kerana beliau tahu beliau di tempat yang benar. Beliau yakin Allah akan memberi jalan keluar untuk mengatasinya. Pelbagai cara, pelbagai tohmahan dilemparkan untuk menjatuhkan negeri Kelantan, tapi Allah tetap menjaga negeri ini dari diambil oleh pihak tertentu.

-mekaplah, hiaslah macam mana pun kalau hati tak tenang wajah akan memberi jawapan dengan sendirinya. Mimik muka akan berubah, percakapan juga akan berubah kerana hati dalam keadaan yang sangat serabut. Tapi jika kita betul yakin dengan Allah, muka, perbuatan, percakapan akan jadi lancar tanpa kita minta.

FARDHU MUSLIM

1)Memiliki tubuh badan yang kuat

-jangan makan terlalu kenyang satu2 masa, tapi keraplah makan.

-amalkan puasa kerana ia akan meneutralkan badan.

2) Akhlak yang mantap

- Akhlak seseorang itu tinggi jika,

· Boleh tahan marah (Sabar)

· Boleh memaafkan orang lain

· Mudah dibawa berbincang

3) Memiliki pemikiran yang luas

4)Mampu berusaha

5)Akidah yang sejahtera

6)Ibadah yang sohih

7)Mujahadah melawan hawa nafsu

-jangan jadikan diri alat kepada nafsu

8) Jaga waktu

9) Hidup tersusun

-boleh dinilai dari perwatakkan, dan ketika menziarahinya

10) Bermanfaat untuk orang lain

-lemparlah ke mana pun, akan bermanfaat untuk orang lain.

-kata orang utara ‘orang boleh tumpang’

BAITUL MUSLIM

-Jadikan rumah suasana seperti masjid

-Jika tak seronok di rumah bukan dikira syurga di dunia, tapi wujudlah ‘Al-Baiti Jannati’

- Di masjid solat jemaah. Di rumah banyakkan solat sunat kerana ia nur @ cahaya yang menerangi rumah kita.

DAULAH ISLAMIAH

v Negara takkan aman jika solat di masjid pun tak tenang.

-Pak Long cerita ketika dia nak tunaikan solat di masjid di KL, Pak Long letak hanset di depan tempat sujud tapi ditegur oleh pemandunya, dia cakap di0rg akan curi ketika kita sujud.

v Perkara seperti ini takkan terjadi kalau kita laksanakan hukum hudud, Negara akan lebih aman dari jenayah.

Thursday, April 21, 2011

.::MIERA ZUNNUR::.

Baru siapkan facebook, serah sepenuhnya kat sahabat ana siapkan , kite ni tak bape pandai bab2 ni, malas nak buat sendiri. tapi jgn pelik plk cz ada 2 akaun mira zunnur n miera zunnur. first buat, shbt ana kata akaun mira zunnur ada masalah dgn emel, jd dia kata buat lain lah, tu yang jd 2 akaun. tp ana jz guna miera zunnur ye. maaf atas kekeliruan. asal ikutkan dulu tak nak buat cz saje malas nak layan, biasa la bila dok dpn fb, kata nk tgk kjp tp berjam2 jdnya. penah ckp tunggu lah nnt bila rasa penting sgt baru nak buat, isu-isu dlm fb byk je kwn2 cerita, tak la terlps byk, tp dh kena handle fb jaksa, wujudlah miera zunnur ^_^. sekarang yang takut sgt, bila kita terlalu menjaga, lagi Allah nak uji keimanan kita. tp klu shbt sekeliling kuat, dpt menegur insyaallah kita dpt hadapi. ok selamat beramal....

Thursday, April 14, 2011

.::IMTIHAN SEM 6::.

Assalamualaikum,
salam kerinduan aku buat Rasullah S.A.W, kekasih Allah,
moga2 kau beri syafaat kepada kami umat2 di akhir zaman ini.

Huuu....dah nak exam deh, erm ilmu kurang lagi nih, untuk hadapi imtihan sem 6 ni, banyak dugaan yang ditempuh sem ni membuatkan
aku rasa takut nak hadapinya disebabkan prepare yang sangat2 tak cukup lagi(huhu ayat mubalaghah tuh) Ya Allah, moga Kau permudahkan!!apa2 pun percayalah "sesiapa yang menolong agama Allah,Allah pasti menolongnya" tapi jangan terlalu percaya jika tiada usaha..
ok, ni jadual examku, sahabat-sahabat blogger tlg doakan ye, moga dipermudahkan dlm imtihan.

jAduAl pEpeRikSaaNkU

20/4/2011 القاضايا المعاصرة
21/4/2011 حفظ القرأن
25/4/2011 الصرف
26/4/2 اللهجات والقرءات
30/4/2011 النقد الأدب القديم
4/5/2011 الحديث
4/5/201 تاريخ الأدب والنصوص

p/s: ayah, mak, abang n adik2 tlg doakan kakak, terutama adikku Ammar tlg doakan kakak & dan sahabat2 kakak menghadapi imtihan di Malaysia, moga doamu dimakbulkan di bumi anbiya', Insyaallah..AMIN

Ya ALLAH,
Kau permudahkan pembelajaran aku dan sahabat2ku,
agar kami bisa mencelup berjuta ilmuMu,
Kau tenangkan minda kami,
agar kami bisa berkayuh di atas bumiMu sebaik mungkin,
Kau sucikan hati & fikiran kami,
agar kami bisa menhafaz ayat2 kitabMu,
Kau jauhkan zahir & batin kami dari maksiat,
agar kami bisa merasai betapa manisnya hidup bersamaMu,
ILLAHI....

Saturday, April 2, 2011

.::HILANGNYA SEBUTIR PERMATA::.

Assalamualaikum w.b.t..

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan ahli keluarga baginda...

Alhamdulillah Maha Suci Allah yang masih memberi kesempatan bagi ana untuk mencoret sesuatu di dalam blog ini dan kerana kasih sayangNya juga yang telah mengambil nyawa hambaNya yang Dia sayang untuk berada bersamaNya..

Pd bulan lepas, bulan Mac, bulan yang ana tak akan lupa dalam diari hidup ana..seorang adik junior yang dikira rapat dengan ana telah kembali ke rahmatullah kerana kemalangan. Air mata akan menitis apabila terkenang kenangan bersamanya, lawak selambanya, yang arwah sendiri tidak ketawa walaupun orang sekeliling mengekek-ngekek ketawakannya, betul2 membuatkan kami terkenang senda guraunya ketika bersama kami dulu. Bukan ana ingin merapati pemergian beliau tetapi cuma ingin simpan memori bertulis ini dlm blog, moga2 kenangan bersamanya menjadi nota2 kerinduan ana padanya kelak walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu.

Tidak lama sebelum kejadian, Allah telah memberi ana sebuah memori dengannya. Pada pagi Jumaat, kami kadang2 diberi kesempatan untuk menghadiri kuliah mingguan Dato' Haron Din di Dewan Mentaloon. Sebelum bertolak, arwah ke koperasi asrama untuk membeli air untuk dibacakan doa oleh Dato', kebetulan pula ana berada di situ, arwah ajak pergi sekali, nak dijadikan cerita motor ana kak senior pinjam ada kat rumah sewa, jadi ana naik dulu dengan arwah untuk ke rumah sewa. Mulanya, arwah suruh ana bawa tetapi ana menolak, ana kata "bila lagi Qiah nak bawa kak?" dia kata "ok2 Qiah bawa". Dah sampai rumah sewa kebetulan sahabat ana goreng mee, jadi kami makan dulu sambil tunggu ahli rumah bersiap. Teringat pujian arwah kat mee yang shbt ana grg, "erm, sedapnya kak masak". Sampai skrg shbt ana masih terkenang saat2 itu.

Kami bertolak dh lewat, ramai sgt org sampai tiada tempat duduk, Qiah beria2 nak letak botol air di bahagian hadapan pentas utk didoakan, Alhamdulillah, kami berkesempatan sbb ada kak senior berdekatan pentas, Kami tercari2 tempat utk duduk, last kami ambil keputusan duduk di tepi di atas pentas menghala sisi Dato'. walaupun tak memandang depan Dato' tapi kami puas sbb jelas suaranya, dan kami puas walaupun dtg lmbt. Time balik, kami masing2 berpecah, Qiah nak balik cpt, tp ana nk jln2 dulu kat gerai. Air ada di tangan ana. Ana bawa balik ke asrama, simpan di bilik jaksa. Qiah tak sempat nak pergi ambil, katanya sibuk dgn kelas.


Satu lagi kenangan bersamanya, ketika program asrama, program last beliau. Hari Mesra Antara Siswi Al-Faraby (HAMAS AL-FARABY). Beliau jadi timbalan Unit Publisiti, program tu ana jadi Timb. Pengarah, jadi banyak benda arwah selalu rujuk pada ana, dia seorang rendah diri."Maaf kak, Qiah banyak tanya,Qiah tak berapa pandai ttg unit ni" kebetulan beliau jarang turun mesyuarat sbb toknya baru meninggal time tu, jadi beliau terpaksa berulang alik. Ana respect kat arwah sbb walaupun dlm keadaan mcm tu, arwah ttp ingat amanahnya.

.
(Arwah bertudung ungu, ketika program HAMAS)

Arwah orang yang aktif dalam berprogram, pernah memegang JAKSA sesi 09/10, menjadi naqibah. Perkataan yang selalu dia ucap "Qiah ni tak pandai sgt dakwah2 ni, Qiah sekolah menengah je dulu". Tapi ana kagum dengannya, sbb ketika arwah di hospital, adik2 usrahnya sanggup tunggu ketika arwah sedang dibedah walaupun dah lewat. Usrahnya berjaya sebab dia berjaya mengikat hati2 adik ini untuk berkorban ketika shbt lain dlm kesusahan. Dia menyemai sikap ini dlm diri adik2 usrahnya.

Arwah koma beberapa hari. Di bahagian ICU sentiasa dipenuhi saudara & shbt2nya utk melawat memberi semangat untuknya. Tidak sanggup menatap wajahnya terlalu lama, tidak sanggup melihat penderitaan yang dialaminya ketika arwah koma. Kadang2 air mata arwah jatuh, mungkin arwah mendengar kata2 semangat yang dibisikkan di telinga walaupun lemah untuk arwah membuka mata, memberi tindak balas lain. Air mata ini terus mengalir deras saat ana mendengar keluhan umi "Umi tak sanggup tengok Siti sakit, umi redha klu Siti pergi daripada tgk Siti sakit menderita". walaupun pada mulanya umi lemah mendengar berita kemalangannya. Qiah lebih mesra dipanggil Siti di kalangan familynya. Ketika itu, ana teringatkan air yang didoakan oleh Dato' Haron Din, arwah tak sempat mengambil. Ana minta shbt ana bawa ke hospital. Cukuplah air itu mengalir dlm badannya walaupun arwah tak sempat minum. Ana rasa klu air tu tak dibawa, mungkin perasaan bersalah akan ada pd ana sbb ana tak menghantarkanya sblm tu.

Cukuplah ana katakan, arwah kemalangan bertembung dengan kereta di simpang berhadapan dengan TESCO Mergong. Ana tak berani menceritakan kronologi kejadian. Banyak andaian yang dibuat pelbagai pihak. Allah Maha Kuasa, Dia sayang pada arwah, dan Dia juga sayang pada shbt Arwah yang sama2 naiki motor bersamanya, utk terus hidup bagi dia meneruskan perjuangan utk Islam. Sahabat arwah hanya luka ringan.

Ketika saat2 terakhirnya di dunia ini, rumahnya dipenuhi ramai orang untuk memberi penghormatan terakhir untuknya, menghadiahkan Al-Fatihah mengiringi pemergiannya. Ana tak kesempatan utk melihat pengebumian arwah krn banyak taklif yang tak diselesaikan di kampus. Tapi ana bersyukur dapat melihat arwah setiap hari ketika komanya. Cukuplah merenung & menatap wajahnya, walaupun ana tahu dia tak dapat membalasnya.

Ya Allah, moga Engkau tempatkan arwah dikalangan orang2 yang beriman dan solehah. Walaupun kami kehilangan sebutir permata Islam tapi Kau masih meninggalkan kami permata2 lain yang boleh meneruskan perjuanganMu menegakkan kalimahMu. Kami redha atas pemergiannya.

Sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Siti Naqiah bt Mahadzir.