Followers

Wednesday, June 22, 2011

.::AKU WANITA BIASA::.


Dah lama tak menjenguk blog dhaif ni, dah banyak sawangnya, 'syuh2 ke tepi labah-labah ke tepi, tuannya dah nk cuci'.*_^. Erm...asyik menjalankan amanah di luar sampai amanah di sini dilupakan. Masih teringat tujuan utama mula2 nak create blog, nak jadikan blog medan dakwah n kongsi2 ilmu dengan sahabat blogger. tapi sejak akhir2 ini banyak masalah dihadapi, ujian ini menimpa2 sampai diri ini kadang2 mengeluh dan dah tersungkur, mujur sahabat2 sekeliling bangkitkan balik semangat, ini SATU AMANAH (hayati lagu Satu Amanah dlm halwa telinga')pejuang Allah perlu kuat, kesakitan yang dihadapi sebagai kifarat kepada dosa2 lepas.

Setiap manusia yang Allah jadikan pasti akan menerima ujian. Hidup ini pun sudah 1 ujian, dan tidak ada yang terkecuali menerima ujian. Berat dan ringan sesuatu ujian sesuai dengan kesanggupan seseorang itu untuk memikulnya.

Allah berfirman bermaksud:

"Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan". (Surah al-Anbiyaâ, ayat 35)

Entry kali ni nak jiwang sikit ye, tapi jz copy n paste dari blog sorang sahabat ni, yang pasti dapat juga kongsi sesuatu kepada sahabat yang ziarah ke sini.Tergerak di hati apabila membaca secebis kata2 dari seorang sahabat mengenai cinta.

Apa itu cinta? Pasti ramai yang akan berkata, cinta itu buta, cinta itu indah, dan sebagainya. Cinta itu sendiri sebenarnya sangat subjektif. Sukar nak digambarkan dengan kata2. Bila orang bertanya, mengapa pilih dia? Jawapannya, ialah tiada jawapan kerana itulah perasaan yang Allah hadirkan dalam diri. Terlalu misteri. Ada yang cinta kerana nafsu, kerana paras rupa dan kerana harta benda. Moga cinta yang Allah hadirkan dalam diri kita adalah kerana Allah Ta'ala, yakni cinta yang berlandaskan syariat.

Tapi, seringkali pejuang tewas dengan cinta sesama manusia. Kecewa dengan cinta makhluk. Dalam diri seorang pejuang, istilah kecewa dengan cinta sesama makhluk tidak ada dalam kamus hidupnya. Jika benar anda mengaku sebagai pejuang, bangkitlah semula. Jangan terus kecundang. Dunia ini adalah medan perjuangan kita, pentarbiyyahan dalam diri kita.

Diriku juga bukanlah seorang yang sempurna, aku tidak mendambakan lelaki sehebat Saidina Ali kerana aku bukanlah sebaik Siti Fatimah. Aku tidak mendambakan mahligai indah, rupa menawan seperti Yusuf, harta menggunung tinggi. tapi cukuplah sekadar seseorang yang mampu menjadi suami dan ayah kepada anak2 kelak. Yang mampu berganding bahu dan bersama2ku meneruskan perjuangan rasulullah s.aw. Tidak perlu bersusah payah untukku kerana cukuplah apa yang ku impikan.

Jangan berkata 'tidak layak' untukku, jangan sesekali mengatakannya kerana aku bukanlah wanita yang ingin dipuja melambung tinggi dan aku hanyalah wanita biasa. Kita bernafas dengan udara yang sama, kita berpijak di bumi yang sama dan kita juga menyembah tuhan yang sama. Dia boleh berkata dan meluahkan rasa hatinya, tapi adakah dia tahu apa yang aku inginkan? Adakah dia tahu apa yang aku mahukan? Adakah aku tiada hak untuk meluahkannya? Cinta dan perasaan bukan untuk dipersendakan kerana ia bermain2 dengan jiwa. Jika jiwa rapuh dan goyah, rapuhla ia bersama2 dengan cintanya. Jika jiwanya kuat dan tabah, pasti dia akan merangkak2 mencari cinta Ilahi.

Berilah peluang kepada diri masing2 seadanya, hindarkan dari terlalu suka bersangka2 kerana itulah puncanya hati mula rapuh. Bukan ku pinta seseorang seperti Nabi Muhammad s.a.w, tapi cukuplah dia berusaha untuk menjadi seperti baginda kerana aku juga mengharapkan dia dapat menggapai tanganku dan mendidikku untuk berusaha menjadi Siti Khadijah. Pimpinlah aku, sambutlah tanganku andai aku jatuh kerana aku masih seorang wanita biasa...(T_T)