Followers

Saturday, February 26, 2011

.::ARTIS MASUK PAS::.

KUALA LUMPUR, 21 Feb: Pada 19 Februari lalu, pelakon dan penulis lirik terkenal Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman mengejutkan banyak pihak apabila menyerahkan borang menjadi ahli PAS.

Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30 ribu Pemuda PAS, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar, kelmarin.

Bob, penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search bukanlah artis pertama yang menyertai PAS.

Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy, Ito daripada kumpulan Blues Gang dan Ringgo dari kumpulan Arrow telah menyertai PAS lebih awal.

Harakahdaily sempat bertemu beliau bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tindakan beliau itu.

Ikuti temubual beliau dengan wartawan Nazri Abdullah.

Harakahdaily: Apa yang menyebabkan saudara Bob terdorong untuk memilih dan menyertai PAS?

Bob Lokman: Sebab saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.

Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lagha. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang saya rasa tanggungjawab pada anak.

Tengok anak kita tidak menjadikan Allah nombor satu… dia duk ikut ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, pada hal Allah nombor satu, takwa diutamakan tapi anak-kita tak tahu.

Harakahdaily: Jadi adakah faktor anak saudara itu yang telah mendorong saudara menyertai PAS?

Bob Lokman: Ya…Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul.

Mengakkan Islam itu adalah wajib, kalau saya tak terlibat, harapkan orang lain berjuang, apa akan jadi dengan anak saya nanti.

Harakahdaily: Saudara tahu PAS adalah parti pembangkang. Jadi adakah saudara tidak risau ianya akan menjejaskan sumber rezeki saudara dalam kerjaya saudara.

Bob Lokman: Saya tahu risiko itu, tapi saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah, yang penting saya dapat selamatkan kehidupan anak saya di dunia dan saya tak masuk neraka.

Harakahdaily: Sejak kebelakangan ini, saudara dilihat banyak memegang watak-watak sebagai seorang alim berbanding watak lain termasuk pelawak. Adakah itu perubahan berterusan yang saudara akan lakukan.

Bob Lokman: Mengikut pandangan ustaz-ustaz yang saya belajar, sebab berlakon itu sumber rezeki saya, ustaz-ustaz kata boleh berlakon tetapi pilihlah watak-watak yang tidak menjadikan dosa bila kita dah tak ada nanti, pilih watak yang mendatangkan manfaat.

PAS Kelantan alu-alukan Bob Lokman

Sementara itu, di KOTA BHARU, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, mengalu-alukan kemasukan artis terkenal negara yang juga penulis lirik lagu ‘berhantu’ Isabela, Bob Lokman yang kini telah menjadi ahli PAS.

Ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, ketika dihubungi juga turut mengucapkan tahniah di atas keberanian artis terkenal yang juga berasal dari Kelantan itu.

Sambungnya, penerimaan artis itu untuk bersama PAS cukup membuktikan parti yang memperjuangkan Islam itu tidak pernah menutup pintunya untuk mana-mana artis.

Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan keputusan yang diambil Bob Lokman, memandangkan latarbelakang artis itu merupakan cicit ulama terkenal Kelantan iaitu, Tok Kenali.

“Apapun tahniah kami ucapkan di atas keputusan yang diambil dan berharap beliau mempertahankan sebaik mungkin keputusan yang diambil.

“Kita juga berharap beliau akan menjadi ikon kepada generasi muda dalam memilih cara hidup yang baik,”ujarnya.

Semalam, Bob Lokman telah membuat kejutan besar pada majlis Himpunan Pemuda PAS 30k bersama pimpinan tertinggi Pemuda PAS.

Tidak cukup dengan itu beliau telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah.

Nazri Abdullah

TAKBIR................

Menurut Bob Lokman, Himpunan 30k pemuda PAS ini membuatkannya rasa seperti baru lahir dari dunia ISLAM.Bererti sebelum ini beliau sememangnya dikaburi dengan wang ringgit dan kepentingan semata-mata.

oleh itu, Bob rasa sangat bersyukur kepada Allah kerana sempat memberi ruang dan peluang untuk berubah kejalan yang lurus.

sebelum ini, bob pernah ikuti program UMNO-BN yang mana sangat berbeza dengan program PAS. contohnya, anak muda UMNO-BN yang hadir pasti diberikan wang untuk minta hadir ke program mereka. tetapi anak muda PAS tidak perlu berikan wang malah anak muda PAS sendiri yang keluarkan wang untuk hadir program tersebut. jerteru, kualiti dan kuantiti program PAS lebih jauh hebat dari program BN yang mana popular dengan dapat duit poket.

Selama bob berucap, banyak perkara UMNO yang salah telah beliau nyatakan dan hebahkan.

oleh itu juga, ana dengan berbesar hati untuk mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada BOB LOKMAN kerana BERANI BERUBAH....

TAKBIR.......

p/s : jom pakat2 sokong PAS, siapa yang belum jd ahli PAS pakat2 isi borang..PRU kali ni biar PR pulak yang tadbir Putrajaya..insyaallah

Monday, February 14, 2011

.::SATU CINTA::.



Apa-apa amal yang kita semua lakukan mesti disandarkan kepada Allah,

Bukan pada makhlukNya..

Serahkan sepenuh cintamu kepada Ya Rab,

Jgn cinta manusia kita pertahankan,

Ingat!!

Cinta Allah paling hakiki,

Paling indah,

Kekasih yang sanggup terima kita seadanya..

.:.sATu ciNtA.:.

Saturday, February 12, 2011

.::DI SEBALIK PENGUNDURAN HOSNI MUBARAK::.

10 Rabiul Awal 1432H.
Ahmad Baei Jaafar

Memang wajar Umat Islam seluruh dunia mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang telah berjaya meruntuhkan tembok besi yang melindungi Hosni Mubarak. Mereka dilihat tidak
berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari walaupun dihalang oleh tentera Presiden Mesir itu.

Lautan manusia melahirkan kegembiraan

Kebangkitan rakyat Mesir tentu berpunca daripada detik-detik pemerintahan Hosni yang banyak mempenjarakan fikiran mereka. Ya, berapa lama manusia yang normal boleh dikongkong kebebasan mereka?
Apabila sampai masanya, mereka boleh hilang sabar.

Sepanjang pemerintahan Hosni Mubarak selama 30 tahun, bukan sahaja ulama tidak boleh bersuara dalam membetulkan pemerintahannya, universiti Al-Azhar berjalan tidak mengikut cita rasa ulama berwawasan Rasulullah. Akhirnya mahasiswa al-Azhar yang pulang berkhidmat di negara masing-masing berfikiran sempit. Tiada kreatif untuk membangunkan negara dan rakyat ke arah yang islami.

Saya tidak pasti apakah kebangkitan rakyat ini ada kaitan dengan kesusahan rakyat akibat kos sara hidup yang semakin melonjak dan kadar pengangguran yang tinggi, tetapi yang saya pasti rakyat sudah mual dengan keganasan pihak keselamatan. Apa sahaja yang diperintahkan oleh presiden, tentera pasti bertindak.

Antara keganasan tentera Mesir yang kita boleh lihat secara jelas ialah usaha bantuan kemanusian ke Gaza melalui Mesir dihalang. Mengapa? Tentu kerana tidak mendapat lampu hijau daripada Presiden. Dan yang terbaru, tentera bertindak tidak berperikemanusian terhadap penunjuk perasaan di Madinatul Tahrir. Ini tidak termasuk beberapa orang ulama yang hilang tanpa diketahui kuburnya.

Tetapi tahukah anda tentera yang ganas itu sebenar manusia yang hidup mereka seperti robot apabila di suruh itu, maka dibuatlah yang itu. Sebaliknya kalau mereka tidak diperintahkan itu dan ini oleh pihak yang berwajib, mereka mampu kembali kepada perikamanusian. Mereka juga tahu erti baik dan kebaikan.

Bukti yang jelas boleh anda lihat pada sikap tentera Mesir itu, setelah Mubarak meninggalkan pemerintahan, jiwa mereka kembali normal. Walaupun rakyat masih berkumpul di dataran tahrir, melakukan acara bagi menyambut kegembiraan menggulingkan presiden Mesir, tentera hanya melihat sahaja tanpa sebarang tindakan.

Tentera itu bukan sahaja tidak marah dengan sikap rakyat yang telah menjatuhkan majikannya, tetapi ada yang turut bersama mereka bergembira. Ertinya apa? Tentera juga tidak suka kepada keganasan, tidak suka juga kepada Mubarak. Mereka juga suka kepada kebaikan. Tetapi mereka telah dibisukan dan ditulikan pemerintah.

Itulah fitrah manusia apabila mereka kembali kepada normal. Manusia di manapun mereka adalah sama, mahukan kebaikan. Tetapi kalau mereka jahil malah apabila dikuasai nafu, syaitan sama ada syaitan manusia atau jin, fikiran mereka akan berubah. Jadi, berhati-hatilah agar anda tidak dikuasai semua makhluk itu.

Berbalik kepada peristiwa di atas, suka saya hendak ingatkan kepada orang-orang politik terutama mereka yang memegang tampuk pemerintahan negara mahupun negeri, peristiwa yang sama boleh berlaku di sini. Maksud saya, kalau kebencian rakyat sudah tidak dapat dibendung lagi, pelbagai usaha boleh mereka lakukan.

Jangan ingat, orang Melayu baik semua dan tidak suka berperang. Lihat sejarah orang Melayu masa silam. Mereka boleh bertindak apabila terdesak dan mendesak. Ketika itu boleh jadi, tentera yang selama ini bersikap “samikna waatakna” kami dengar dan taat, akan bertindak secara tidak ikhlas lagi. Boleh jadi mereka juga akan belot.

Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan negara kita tidak sama dengan Mesir, riak-riak kebencian rakyat sudah ada. Oleh sebab itu berpadalah dalam pemerintahan. Kalau sudah ada isyarat bahawa mereka tidak suka kepada anda, tukarlah kepada yang lebih baik. Tanyalah kepada yang pakar, ulama dan sebagainya. Jika anda masih rasa ego dengan cara anda, tunggulah kehancurannya..

Monday, February 7, 2011

.::BLOG YANG PELIK::.

blog yang pelik,entah la tiba2 hati panas bila baca blog ni,
ana pasti blogger lain juga dah baca,
bg yang ada perasaan mungkin akan panas juga,
klu yang takde respon tu maybe penyokong dia la tu..
ish, tak tau la nak cakap cane kalau dah akal pendek,
fikiran cetek sampai dia boleh post entry cmtu..
ye la dah pemerintah kita BN, mestilah diorg yang kena tolong,
klu PR pegang pun,diorg pun kena bertanggungjawab tlg rakyat Malaysia di Mesir..
nnt bila disoal malaikat munkar nakir,"siapa saudara kamu"?
mungkin dia akan jwb "Orang UMNO saudara saya"ish tak ke pelik jwpn tu..
sedih dgr cerita sebenar dari student mesir,
diorg posa setiap hari,buka puasa sebiji kurma kongsi 8 orang,
tp klu kita di sini dgr dr media "jgn risau,pelajar2 di sana selamat, mknn cukup"
budak tajaan mybe la cukup,dah nmpk bdk tajaan ckp,
pstu kata semua mkn cukup..
klu ikutkn diorg pun tak nak jwb cz diorg kata soalan tu sensitif sgt..
takpe la diorg bersyukur dpt jgk balek m'sia tp jgn la media reka-reka cerita..
tak pasal2 jd fitnah..
prihatin la sikit..

bg yang belum baca,cuba buka blog ni

baca la sendiri,nilai betul2 apa dia kata,nilai dgn hati yang halus..jgn kita menilai ikut nafsu..

klu nak tahu, siapa sebenarnya Hosni Mubarak, buka link ni


dan link yang menceritakan luahan sebenar pelajar mesir


p/s :sama-sama doakan keselamatan pelajar2 m'sia di mesir, moga diorg slmt sampai di sini,family dapat sambut dgn hati yang gembira..terutama adik ana 'Ammar Afifi juga akan balik beberapa hari lagi,moga dia jg slmt sampai..