Followers

Saturday, January 29, 2011

.::ISTIKHARAH CINTA::.

Bingung memilih jodoh yang terbaik untuk menjadi teman hidup.Keliru yang mana satu pilihan yang terbaik.Untuk mengatasi kebingungan itu,Islam menawarkan solusi yang unik iaitu istikharah.Beristikharahlah,moga kita menemukan satu pilihan yang terbaik dengan bantuan Allah.Moga pilihan yang kita buat,akan memberi kebahagiaan dan mendapat redha Allah di dunia dan akhirat..


Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

Friday, January 21, 2011

.::TASIK GALILEE KERING,TURUNNYA NABI ISA??::.

Assalamualaikum semua salam peringatan dari saya berkenaan tasik galilee, sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun kering dengan derasnya...
Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias
Ada 1 hadis Sahih yang saya sengaja tiada tunjukkan di sini, memberitahu saya dan anda semua, bahawa...bila keringnya tasik ini, maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikan lah tasik ini, sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda2 besar...

Carilah hadis sahih ini sampai dapat, dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini, di ketika anda tahu itu, anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat, menjadi kerisauan saya sekarang ialah, tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi, dan 9 tahun telah pun berlalu... Saudara serumpun ku...anda semua harus beringat, bila tasik ini kering, maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi, membantu imam mahdi, memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi...dan aku ingatkan lagi, hadis ini amatlah sahih, sedangkan tiada 1 ulamak di tanah Melayu pun berani membongkar hadis sahih ini, dengan kata lain, mereka tahu tapi mereka kekurangan berani, kerana hakikat itu jelas, tasik galilee sedang kering dengan lajunya, dan mengikut kajian sains, tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasarnya, dan ketika itulah Nabi Isa turun...

Dan anda semua kena faham, sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses2 untuk menjadi ASBAB perlunya baginda turun, ASBAB itu mestilah terjadi, ini bermakna wahai tuan2... Proses ini "sepatutnya" sudah berlaku: - tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda hensem dari timur itu dilantik menjadi imam mahdi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna, adalah amat saya yakini, bahawasanya, pemimpin hensem dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita, samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak2 ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam forum ini melainkan untuk mengajak kamu semua langsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang ahal ini, namun anda mungkin terlambar di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyelamatkan ramai traders dan ramai dari mereka dapat kaut untung yang banyak dan dapat langsaikan hutang dunia sebelum saat itu tiba...

Ingatla saudara2 ku...
Mereka ber-3 akan muncul selang silih sahaja, dan mereka ber-3 berkongsi gelaran yang sama, mereka ber-3 adalah manusia belaka, 2 daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang, sedangkan 1 dari mereka ber-3 berumur pendek tapi dapat memimpin dunia.
Ketahuilah mereka ber-3 ialah:
- Al Masih Imam Mahdi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa

Ingatlah kawan2...
sekiranya umur anda adalah sekitar 20 han 30 han (pada hari ini), percayalah, dalam tempoh 50 tahun ini sahaja, semua tanda2 untuk munculnya tanda2 besar, pasti 100% muncul di zaman anda, samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak2 anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu, ketahuilah, tasik galileesudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi, dan proses pengeringan ini amat dasyat sehingga yahudi2 di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras tasik galilee ini, dan 9 tahun sudah pun berlalu, ada baki lagi 41 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi, dan anda harus ingat...!!!

Sekali lagi saya anda ingatkan, bila Nibiru melalui nanti (diteorikan), 2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki), iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi), dan... (teori 2 gerhana pada tahun 80 han "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012), dan sekiranya teori ini benar2 berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda2 kecil, dan kehadiran tanda2 besar pasti berlaku tanpa berlaku.

KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat kajian...sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari, gelombang2 pancaran akan keluar, dan menjahanamkan semua sistem2 dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api, dan ini bermakna, semua apa sahaja jentera langit dan bumi, asalkan yang mempunyai saluran elektrik, akan dengan sendirinya tidak berfungsi, satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, tenaga elektrik, henfon, playstation tidak akan langsung berfungsi lagi, dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi...

=tiada 1 hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat2 yang selain pernah nabi sendiri pakai=

sekiranya kajian saya di atas, maka salah, apa sahaja teknologi moden hari ini, persenjataan tercanggih, akan menjadi tidak aktif dan collapse...maka hidup anda pada selepas peristiwa besar ini berlaku, adalah 1 kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik, manusia akan kembali kepada fitrah semula, dan mana2 manusia yang tinggal di bandar, adalah manusia yang paling rugi di kala itu, kerana... bandar yang duduki itu sedang tenggelam, kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim, seperti banyak yang ada di tanah Melayu...

Kepada semua angkatan Teknik_Keris,

Saya pernah pesan gunakan duit untung trading untuk:

-melangsaikan hutang dunia

-membeli tanah di pedalaman

-menguasai sungai2 dan pinggiran gunung -membeli kuda 1 orang 2 ekor

-mengasah pedang dan mencanai keris

-menguasai kembali teknik pancutan iaitu MEMANAH

-dan kembali mengajar anak2 kamu semua berenang


Ketahuilah, Kita ada tak sampai 41 tahun aje lagi sebelum tasik galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 41 tahun aje lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali, sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi, dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di keliling kita, menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan2...dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi isa, dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan, sekali lagi saya ingatkan, anda hanya ada 41 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar, bila 1 tanda besar keluar, maka lengkaplah semua tanda2 kecil, bila 1 tanda besar keluar, akan datang tanda2 besar seterusnya tanpa ragu2...


Dan ingatlah wahai Muslimin,

Doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman, dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad, dari susurgalur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda hensem bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi, percayalah, di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad, kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahdi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat, carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Alquran) dan kerana itulah, Solat 5 Waktu di tahiyat akhir, akan selalu kita bacakan nama 2 Nabi itu.

Pesanan Terakhir,

Langsaikan hutang secepat mungkin,

tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,

kumpulkan kain2 yang tahan lama,

ternak dan gembala kambing,

ajar anak anak menunggang kuda,

simpan cermin mata anda sebaik mungkin,

banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,

banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,

latihkan anak2 Melayu kita dengan kemahiran memanah,

banyakkan berenang di waktu petang,

minta maaf pada saudara2 dekat dan saudara2 jauh,

kita kena cepat mintak maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajal menguasai hari)


Kalau perlu, sila sebar2kan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu.


Carilah Hadis SAHIH tentang tasik ini sampai dapat, saya sudahpun sediakan pancingnya, tinggal anda mendapatkan ikannya...kemudian, ramai2lah bincang di sini, sebelum elektrik takde di kemudian hari.

Yang Iklas,
Megat Panji Alam,
Teknik Keris.


p/s : jgn kita terlalu percayakan cerita ini selagi kita tak jumpa hadis sahih..tp kita ambillah sedikit input dari cerita ini sebagai peringatan supaya kita lebih bersedia menghadapi hari kiamat kelak,yang tidak tahu bilanya akan terjadi..Adakah hari ini?esok?bulan depan?atau tahun depan?kita tidak tahu rancangan Allah yang Maha Hebat..kita cuma hamba yang kerdil,yang tak dapat memikirkan sesuatu di luar jangkaan pemikiran kita..sama-sama muhasabah..


Sumber: rahsia@dunia blog

Sunday, January 9, 2011

.::SUKA DUKA 2010(part1)::.

Assalamualaikum WBT. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Rasulullah SAW dan ahli keluarga Baginda..para sahabat Baginda..

Ku panjatkan syukur atas nikmat Iman & Islam,nikmat hidup,nikmat yang boleh bernafas sehingga ke hari ini,dapat lagi kita bertemu pada tahun 2011..tahun yang belum kita tahu apa akan jadi?adakah tahun ini, tahun terakhir kita hidup di alam fana ini?adakah tahun ini kita akan jumpa alam yang abadi?Ya Allah,bersediakah aku untuk menghadapi saat2 genting itu?

Imam Qurtubi menukilkan kalam Abdullah ibn Umar RA di dalam al-Jami' Li Ahkam al-Quran:-

"Bekerjalah kamu untuk dunia kamu seolah-olah akan hidup selamanya.

Dan beramallah untuk akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati keesokannya."

Posting kali ini, aku terasa nak bercerita..kongsi2 pengalaman..kdg2 kita bljr dr pengalaman org lain..moga dpt manfaat.

***CUTI-CUTI MALAYSIA***

Alhamdulilah diberi kelapangan masa untuk menziarahi Serambi Mekah, Kelantan dan Terengganu..Plan yang mengejut, sebab adik aku Ammar katanya nak balik pondok nak ambil barang yang dia bawa masa dia belajar di sana, sambil tunggu keputusan STAM..abang kata alang-alang baik kita ikut sekali, boleh tengok pondok pasir tumbuh..Tapi sayang adik-adik lain tak bleh ikut sebab time sekolah..Bermalam di rumah sepupu, berdepan je dgn pondok..katanya bila ustaz ngajar di masjid pondok, dgr sampai rumah sebab diorg tarik speaker sampai rumah..sampai dah maghrib, rehat2 esoknya bermulalah pengembaraan kami masuk pondok naik kereta..best sgt bleh tgk suasana pondok.kebetulan hari tu, budak2 pondok ada gotong-royong besar-besaran dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu, jadi tersekat la jalan nak masuk kawasan pondok, jln kat situ sempit sikit..pondok rapat satu sama lain..henti kejap minum air..hehe yang lucunya, aku paling2 tgk adik2 tu angkat besi2 buruk,yang aku hairan,napa diorg pakai kain pelikat buat kerja?aku tny la sepupu aku,bang fik..dia jawab, itu peraturan, diorg tak bleh pakai seluar..nak pakai bleh tapi kena pakai kain pelikat atas..adik aku cerita, diorg jd kekok bila keluar pekan pakai seluar, sbb dh biasa pakai kain pelikat dan jubah dlm pondok..pondok pasir tumbuh besar sgt..dia pecah kepada 3 kwsn..kwsn utk pelajar lelaki,perempuan dan berkeluarga..ada org bndr yang dh pencen beli tanah situ buat rumah, nak talaqi kitab kat pondok..habiskan sisa hidup dgn tadah kitab..mmg padat kwsn tu..pantang ada tmpt kosong mesti naikkan rmh..

“Ya Allah, kau bagilah peluang untuk aku belajar di sini, pondok yang banyak melahirkan alim ulama’,banyak melatih diri tentang hidup sebenar sbg org Islam,tggl dlm keadaan sederhana,hanya mementingkan ilmu2Mu semata2”

Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali."

(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)


Dah penat jln kat pondok, b.fik ajak mkn kat tepi pantai..dia bawa kami ke Pantai Irama, Bachok..fuh menyelerakan mkn budu dengan ditiup angin sepoi2..perut udah kenyang jd bertolak balik, singgah kejap kat rumah tok guru..Tok guru tak balik lagi dari umrah, just tangkap gmbr je dpn rmh beliau..tgk rmhnya, kita boleh nilai dia seorang pemimpin yang sangat zuhud..tak mementingkan kemewahan, tp redha Allah yang dia cari..

Sepanjang jalan pulang,aku melihat banglo2 tersergam indah..rupanya kaya2 blako org2 Kelantan ni noh. tapi apa yang diceritakan oleh media, Kelantan banyak lagi orang miskin sejak diperintah oleh pembangkang.semua itu bohong blako..cerita yang diada2kan oleh mereka, padahal sebaliknya..ish2 suka sangat buat fitnah..mcm mna la wartawan dpt gaji dr kerja mereka yang memfitnah orang, dah tu nak bg anak bini mkn duit tu?insaf2la..


Esoknya jln2 sekitar Kota Bharu,singgah kejap di Pasar Besar Siti Khadijah,klu jln KB,tak sah klu tak tak masuk pasar tu..beli la sikit ole-ole untuk saudara-mara..lps tu terus bertolak keTerengganu, pegi rmh sepupu adik kpd b.fik..sja jln2,dh lama dia ajk p rmh.ni la peluangnya..kbtln kmi smpai ada family husband dia, jd ramai la rmh tu dgn 2 family..esoknya plk jln2 ke pasar payang,beli la apa yang patut untuk adik2..terus ke masjid Kristal solat zohor..posing2 kejap..pastu bertolak la balik ke kedah..

Alhamdulillah dpt manfaat banyak dr ziarah ni..yang plg best jln kat pondok cz dpt tgk benda baru.. “Jauh perjalanan,luas pandangan”