Pena yang menulis mutiara-mutiara ilmuNya, menulis bait-bait cinta ke arah mencapai redhaNya, menyingkap kekuasaanNya, menulis luahan hati hambaNya, memelodikan jiwa-jiwa yang mencintaiNya,moga pena yang menulis ini dapat memberi manfaat pada umat kekasihNya, RASULULLAH S.A.W...~PeNa aMriNa~
Followers
Saturday, December 25, 2010
.::KENAPA DOKTOR BEDAH PAKAI BAJU HIJAU?::.
Wednesday, December 22, 2010
.::AKU AMAT MENYAYANGIMU::.
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku amat menyayangimu..
SAHABAT
Sunday, December 5, 2010
.::MAAL HIJRAH & AZAM BARU::.
Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."
PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
Friday, December 3, 2010
.::WANITA DAKWA DAFTAR NAMANYA SEBAGAI PEMILIK MATAHARI::.

MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran (gambar) menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.
Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.
Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.
Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.
Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.
Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.
Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.
Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.
Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya. - Agensi
Sunday, November 14, 2010
.::SURAT JANDA GUNUNG MERAPI::.
Mahasiswa yang tubuhnya penuh debu itu akhirnya menemukan tempat ibunya di barak pengungsi di kaki Merapi. Tapi ibunya sejak pagi tadi sudah dibawa relawan ke rumah sakit lantaran sesak napas akibat menghisap terlalu banyak debu vulkanik. Dua adik perempuannya ikut serta menemani ibu. Matanya yang cemas melihat secarik kertas menyembul dari tas tua milik ibunya. Dengan tangan gemetar ia ambil dan membuka lipatannya. Tulisan ibu.. ia mengenali tulisan indah ibunya..

“Anakku.. kita sudah tak punya apa-apa lagi, nak. Semua sapi kita mati. Sawah kita yang hijau telah hangus berubah kelabu, hanya menyisakan timbunan debu. Ibu sudah tak dapat mengirim uang lagi untuk biaya kuliahmu. Seandainya bapakmu masih ada… ya Allah semoga almarhum telah damai di sisi-Mu..
Harta benda kita memang sudah musnah. Tapi kita punya Tuhan. Kita punya janji-Nya yang pasti terpenuhi. Percayalah nak, Tuhan akan menurunkan kebaikan kepada orang-orang yang berusaha menjadi hamba-Nya yang baik. Kamu putra ibu yang kuat, bantulah sesama dengan tenagamu. Kamu putra ibu yang cerdas, bantulah sesama dengan kepintaranmu. Kalau kelak kamu mendapat anugerah rizki-Nya, ringankan hatimu untuk selalu bersedekah. Sayangi dirimu dengan menyayangi sesama…

Anakku, janganlah pernah melupakan Allah, agar Allah tak melupakanmu. Teruslah untuk mengingat Allah, baik di waktu senang maupun susah. Ucapkanlah nama-nama-Nya yang indah dengan hatimu untuk mengusir semua resah dan gelisah. Zikrullah itu nak, akan menenteramkan hatimu..
Anakku.. Merapi ini gunung kita, kampung kita. Merapi ini tumpah darahmu. Kelak kamu mungkin pergi jauh meninggalkan Merapi.. tapi merapi akan tetap menjadi kampung halamanmu. Udara pertama yang kamu hirup udara Merapi. Air pertama yang kamu minum air Merapi. Makanan pertama yang kamu makan tumbuh di Merapi. Tanah pertama yang kamu injak tanah Merapi. Sahabat pertama yang kamu kenal adalah orang Merapi. Kamu akan selalu merindukannya, sebab separo jiwamu ada di sini.. di merapi ini.
Jangan pernah marah pada Merapi, anakku, sebab gunung ini tak bersalah. Gunung Merapi tak pernah marah. Gunung ini bergerak, terus bergerak sembari bertasbih untuk memenuhi takdirnya menjaga keseimbangan bumi. Gunung adalah pasak yang mengutuhkan bumi kita.
Tetaplah menyayangi gunung kita, Merapi kita.. dengan tidak mencederai hutannya, bebatuannya, airnya. Tetaplah tersenyum pada Merapi kita agar Merapi juga tersenyum untuk kita. Merapi akan selalu menyimpan anugerah Tuhan untuk orang-orang yang hidup bersamanya. Teruslah berusaha untuk memahami gunung kita, sebab kitalah yang harus menyesuaikan diri untuk hidup bersamanya. Jangan pernah memaksa gunung untuk menyesuaikan dirinya pada kita..
Anakku.. kamu putra ibu.. dan akan selalu menjadi putra ibu.
Usai membaca kalimat terakhir yang ditulis ibunya, anak muda itu tak dapat lagi menahan gejolak hatinya. Sekujur tubuhnya bergetar, dadanya gemuruh, lalu tangisnya meledak dengan tubuh luruh bersimpuh. Air matanya meleleh bercampur debu..
“Subhanallah.. iya ibu, saya putra ibu.. selamanya tetap menjadi putra ibu. Ibu adalah mata airku.. selamanya menjadi mata air untuk putramu ibu…”
Friday, November 12, 2010
.::JIWA-JIWA MAHASISWA::.

"Andai ISLAM seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh,
maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa2 muda..
Aku tdk ingin mengutip dgn ramai bilangan mereka,
tp aku inginkan hati yg ikhlas utk membantu dan bersama
membina kembali bangunan usang itu,
menjadi sebuah bangunan yg tersergam indah.."
ImAm HaSsaN Al-BaNna
Wednesday, September 22, 2010
.::LAMA MENYEPI::.

Wednesday, August 25, 2010
.::ZIARAH RAMADHAN KE SELATAN THAI::.

Salam Ramadhan Kareem, 10 hari kita dah berpuasa dan lagi 5 hari lagi ana, sahabat2 dan staf2 dari KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH akan berangkat ke Thailand untuk Program Ziarah Ramadhan ke Selatan Thai anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM KUIN) di bawah Biro Perhubungan Antarabangsa.
Kami ingin melihat sendiri kesusahan dan kesengsaraan balu2 membesarkan anak-anak yatim yang kehilangan ayah..kami ingin melihat sendiri ayah-ayah membanting tulang mencari rezeki untuk keluarga dalam keadaan bergolak seperti sekarang..kita tidak tahu juadah apa mereka berbuka, pakaian apa akan mereka pakai semasa raya Aidilfitri nanti, juadah apa yang perlu dijamu ketika saudara-mara pergi ziarah..
Sekarang kami bertungkus-lumus lagi mencari dana dan sumbangan kira-kira sebanyak RM 15, 000.00..Sesiapa yang bermurah hati untuk menderma, kami sangat alu-alukan bantuan anda..Bukan siapa2 yang kita akan tolong, tapi saudara seIslam yang paling dekat dengan kita..hanya terpisah sempadan saja dengan Malaysia..semoga apa yang anda mampu beri akan memberikan sinar baru kepada mereka pada bulan Ramadhan ini dan Syawal akan datang..InsyaAllah..
Untuk sumbangan sila hubungi :
Latifah Binti Mohd Nazir
019-4481792
Timbalan Biro Perhubungan Antarabangsa, MPM KUIN,
Merangkap ADHOC Program Ziarah Ramadhan ke Selatan Thai.
Wednesday, August 18, 2010
.::ADAB SEMASA BERBUKA PUASA::.
Berdoa ketika berbuka
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Doa daripada Rasulullah SAW ketika berbuka dan disunatkan kita membaca: “Hilanglah dahaga, basahlah peluh (hilang kekeringan) dan tetaplah pahala, insya-Allah.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Berdoa kepada orang yang menjamu kita berbuka.
Kata Anas: “Rasulullah SAW pernah datang ke (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda makan dan berkata: Mereka yang berpuasa berbuka puasa di sisi kamu, mereka yang baik makan makanan kamu dan malaikat akan berselawat ke atas kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air
Rutab ialah buah kurma yang sudah masak sebelum menjadi tamar kering. Ia lembut dan manis, manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering. Anas berkata:
“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Jika tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar dan jika tiada tamar, maka beliau minum beberapa teguk air.” (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)
Makan dengan sederhana
Orang berpuasa digalakkan tidak makan berlebihan ketika berbuka bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.” (Surah al-A’raf, ayat 31)
Segerakan solat Maghrib
Selepas berbuka dengan tamar atau air, jika makanan belum dihidangkan, umat Islam perlu segera menunaikan solat. Namun, jika makanan sudah dihidangkan, maka makruh meninggalkan makanan untuk menunaikan solat.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jemaah) sudah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Friday, August 13, 2010
.::MADRASAH RAMADHAN::.

Ramadhan ibarat tempat rehat di tengah-tengah perjalanan yang panjang. Kehidupan ini satu perjalanan dan Ramadhan adalah tempat rehatnya. Di dalam Ramadhan, kita disediakan pelbagai peluang untuk mengambil bekalan rohani. Lebih penting bagi sesiapa yang berusaha memenuhkan rohaninya dengan bersungguh, maka dia akan mendapat bekalan terhebat semasa hendak berangkat meneruskan perjalanan.
Bekalan terhebat itu adalah Takwa.
Kewujudan Ramadhan yang sebulan lamanya, adalah pengisytiharan kepada kepentingan takwa. Allah mengarahkan hamba-hambaNya agar melalui Ramadhan dengan baik untuk menggapai ketakwaan ini. Ibadah Ramadhan bukan hanya seminggu, tetapi sebulan. Ibadah terpanjang dalam Islam.
Kenapa takwa ini diangkat sedemikian penting?
Sehingga Allah SWT menyediakan satu bulan khas untuk menggapainya.
Takwa diangkat sedemikian penting, kerana dengan kewujudan takwalah yang membantu kelangsungan ketaatan hamba kepada Allah SWT. Dengan kewujudan takwa, barulah manusia boleh hidup menjunjung perintah dan meninggalkan larangan-Nya.
Sama-sama kita muhasabah, kenapa Allah swt berfirman:
“Dan berbekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa.”
(Al-Baqarah : 97)
Perhatikanlah perkataan bekal. Bekal untuk apa? Untuk perjalanan hidup kita. Hanya dengan takwa kita mampu merentasi kehidupan dengan baik, dalam ketaatan kita kepada Allah SWT.
Suatu hari, Umar Al-Khattab bertanya kepada Ka’ab bin Malik berkenaan erti takwa.
Ka’ab bin Malik menjawab:
“Apakah kau pernah berjalan di satu tempat penuh duri, wahai Umar?”
Sayidina Umar menjawab,
“Pernah.”
Ka’ab bin Malik bertanya lagi :
“Apakah yang kau lakukan?”
“Aku singsing kainku agar tidak tercarik pada duri, kemudian aku berjalan hati-hati agar tidak terpijak dengan mana-mana duri itu.”
“Ketahuilah Umar, bahawa itulah yang sebenarnya takwa.”
Takwa adalah rasa berhati-hati dan takut untuk ingkar pada apa sahaja larangan Allah SWT. Duri itu ibarat larangan Allah SWT. Takwa ibarat perbuatan berhati-hati dan menyingsing kain kerana takut terpijak dan tercarik kain.
Jadi bulan Ramadhanlah bulan untuk kita mengisi semula ketakwaan kita. Hanya dengan takwa, barulah kita boleh menjalani kehidupan dengan baik.
Kalau kita sedar, Allah SWT banyak mengeluarkan seruan kepada orang-orang yang bertakwa. Antaranya adalah :
“Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar ketakwaan” (Ali-Imran: 102)
“Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Rab kamu, sesungguhnya hari zalzalah itu adalah perkara yang besar”
(Al-Haj: 1)
Seruan-seruan ini hanya boleh disahut oleh mereka yang mempunyai ketakwaan yang sebenar dalam hati. Sebab itu, hanya yang bertakwa sahaja yang mampu membumikan Islam dalam segenap aspek kehidupan mereka. Apabila kita punya takwa, tidak ada apa atau sesiapa lagi yang boleh menakut-nakutkan kita selain Allah SWT. Takwa adalah ketakutan, ketundukan dan ketaatan total kita kepadaNya.
Suatu hari, Umar Al-Khattab berjalan melalui satu lembah yang dipenuhi dengan kambing. Segera Umar Al-Khattab bertemu dengan si pengembalanya. Rupanya, si pengembala kambing yang banyak itu ialah seorang budak. Maka Umar Al-Khattab menguji budak itu.
“Wahai budak, berikanlah aku seekor kambing.”
“Tidak boleh.”
“Berikanlah, wahai budak. Dan kalau tuanmu perasan, katakanlah kepadanya bahawa kambing itu dimakan serigala”
“Tidak boleh. Aku takut.”
“Buat apa kau hendak takut? Umar Al-Khattab tiada di sini untuk melihatmu”
“Tetapi Tuhan kepada Umar sentiasa melihatku.”
Dan ketika itu, Umar Al-Khattab tunduk lalu menangis. Sungguh tinggi ketakwaan budak pengembala kambing itu.
“Wahai orang yang beriman, telah difardukan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana yang telah difardukan ke atas kaum sebelum kamu, moga-moga kamu mendapat ketakwaan.”
(Al-Baqarah : 183)
Terbaca satu mesej dari handset ayah, mesej dari abang ana yang boleh ana kongsi. Ni ilmu baru yang ana dapat tapi maybe orang lain pernah tahu.
Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan,
“Ya Allah, tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:-
· Tidak memohon maaf terlebih dahulu daripada orang tuanya (jika masih ada)
· Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri.
· Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang2 sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan ‘Amin’ sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdoa adalah malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasulullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari jumaat..
P/S : Jangan kita menyesal sekiranya Ramadhan kali ini kita mensia-siakan masa yang ada dengan benda tak berfaedah. Jangan pula kita berangan-angan akan jumpa pula Ramadhan akan datang sebab kita tidak tahu perkiraan Allah untuk diri kita. Bulan Ramadhan inilah waktu kita berlumba-lumba untuk mendapatkan pahala yang senang2 Allah nak bagi kepada hamba-hambaNya yang menginginkannya. Bulan-bulan yang lain kita hanya berlari-lari anak tapi bulan Ramadhan inilah kita mulakan langkah untuk pecutan terakhir untuk mendapatkan matlamat di depan garisan penamat. InsyaAllah....
Saturday, July 24, 2010
.::BILA AL-QURAN MULA BERSUARA:..

Waktu engkau masih kanak-kanak
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu',
Aku kau sentuh dalam keadaan suci,
Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih
atau pun keras setiap hari
Setelah selesai
engkau menciumku mesra.

Sekarang engkau telah dewasa
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan
yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau,
menurutmu aku hanya untuk anak kecil
yang belajar mengaji.
Sekarang,
Aku tersimpan rapi sekali,
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kahwin
agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal
untuk menakuti iblis dan syaitan.
Kini Aku lebih banyak tersingkir,
dibiarkan dalam bersendirian, kesepian.
Di dalam almari,
di dalam laci,
aku engkau pendamkan.
Dulu pagi-pagi
surah-surah yang ada padaku
engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang,
Aku kau baca beramai-ramai
bersama temanmu di surau.
Sekarang
seawal pagi sambil minum kopi
engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang
engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku
yang berisi ayat-ayat
yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan.
Waktu berangkat kerja pun
Kadang2 engkau lupa baca
pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan
engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi
ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,
radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada Aku
untuk kau baca
sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun
kau putar muzik kegemarammu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun
kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku
bahawa engkau kini
sudah benar-benar hampir melupaiku.
Bila malam tiba engkau tahan
bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer
berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan
dan gambar sampah.
Waktupun cepat berlalu
Aku semakin kusam
dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama.
Seingatku,
hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafaz
yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulanmu.
Bila engkau di kubur sendirian
menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan
atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti
ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t.
Sekarang
engkau begitu enteng membuang waktumu
Setiap saat berlalu
Dan akhirnya
kubur yang setia menunggu mu
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu.
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati
Di kuburmu nanti
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu.
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali
bacalah aku kembali setiap hari.
Karena
ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu.
Keluarkanlah Aku
segera dari almari, lacimu
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu
Agar engkau senantiasa mengingati Tuhanmu
Sentuhilah Aku kembali.
Baca dan pelajari lagi Aku
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari
walau secebis ayat
Seperti dulu
Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri
Dalam bisu dan sepi..
