Followers

Friday, May 28, 2010

Kisah Ibrahim Nasser - Muhasabah nikmat sihat dan lapang bersama

Ibrahim Nasser mengidap sejenis penyakit yang menyebabkan dia terlantar di katil dan hanya mampu menggerakkan kepala dan tanganya. Pernafasannya pun memerlukan kepada non-invasive positive-pressure ventilatory support.Mungkin dia mengidap penyakit motor neurone disease ataupun cerebral palsy (tekaan penulis). Memandangkan Ibrahim memerlukan tracheostomy, dia hanya dapat berhubung menggunakan laptop, menaip kata-kata yang ingin dia tuturkan.

Ibrahim hanya mampu menggunakan internet dan laptop untuk berhubung dengan dunia luar. Dia amat menginginkan untuk bertemu dengan Sheikh Nabil al-Wadi, seorang ulama dari Kuwait. Dia selalu mengikuti kuliyah dan perkembangan semasa Sheikh melalui internet.



Ayah Ibrahim telahpun memohon bantuan Sheikh Nabil agar datang melawat anaknya. Akhirnya, Sheikh Nabil pun setuju untuk memenuhi hajat Ibrahim.

Setibanya Sheikh Nabil di lapangan terbang, dia di sambut oleh keluarga Ibrahim; ayah dan bapa saudaranya.


Apabila Sheikh Nabil masuk ke bilik Ibrahim, tergambar kegembiraan di raut mukanya melihakan anak muda yang kurus, terlantar di atas katilnya.

Akhirnya tercapailah hajat Ibrahim setelah sekian lama terkurung di dalam penjara biliknya itu. Mulanya beliau amat terharu dengan kehadiran Sheikh Nabil di dalam biliknya, hinggakan tidak dapat berkata-kaa buat seketika. Alhamdulillah, Allah mengkabulkan doa dan harapannya. Bayangkan, tokoh yang sangat ingin kita temui, hadir di tengah-tengah bilik tidur kita?

Begitu sekali kegembiraan Ibrahim hinga tergambar keceriaan di riak mukanya. Siapa yang tidak tersenyum melihat gambar ini?

Lantas Sheikh mencium dahi Ibrahim. Allah.... Betapa ku inginkan dahiku di cium oleh al imam wa al allamah, ya Rabb al alameen!


Mereka lantas berdiskusi berkenaan dengan dakwah melalui medium internet. Ayahnya, bapa saudaranya serta Sheikh Nabil asyik berbincang berkenaan dengan perjalanan dakwah, kepentingan dan apakah yang diperlukan untuk kejayaan dakwah melalui internet.

Dalam ralit bersembang, Syeikh ada menyakaan satu soalan kepada Ibrahim. Ibrahim terhenti sejenak.

Hilang terus cahaya kegembiraan yang tadinya terpancar tika menyambut kehadiran Sheikh Nabil. Menitis air mata Ibrahim, tak henti-henti dia menangis. Teresak-esak.

Sheikh cuba membantu dengan mengesat airmata Ibrahim. Namun, dia tetap menangis teresak-esak. Akhirnya Sheikh cuba mujuk ibrahim dengan kata-kata hikmahnya.



Wahai ikhwan dan akhawat!

Setelah Allah memakbulkan doa kita, apakah yang mampu melenyapkan kegembiraan yang datang itu?

Apakah soalan yang membuatkan Ibrahim menangis?

Ibrahim yang sangat gembira, kemudian tidak dapat menahan sedih lantas menangis sepuas-puasnya!


“Sekiranya Allah memberikanmu nikmat kesihatan, sehingga boleh berjalan, apakah yang akan engkau lakukan?


Mendengarkan soalan ini, Ibrahim lantas menangis teresak-esak.

Ayahnya, bapa saudaranya, dan kemudian, kesemua orang di dalam bilik turut menangis.


“Wallahi! Andai boleh diriku berjalan, maka akan ku tunaikan solat di masjid dengan penuh gembira, dan segala nikmat kesihatan itu akan ku gunakan untuk mendapatkan redha Allah.”

“Dua nikmat hebat yang dipandang enteng oleh manusia ialah nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang”

Hadis riwayat al Bukhari, Tirmidzi dan ibn Majah.

Sumber dari sini.

No comments: