Followers

Friday, May 28, 2010

Kisah Ibrahim Nasser - Muhasabah nikmat sihat dan lapang bersama

Ibrahim Nasser mengidap sejenis penyakit yang menyebabkan dia terlantar di katil dan hanya mampu menggerakkan kepala dan tanganya. Pernafasannya pun memerlukan kepada non-invasive positive-pressure ventilatory support.Mungkin dia mengidap penyakit motor neurone disease ataupun cerebral palsy (tekaan penulis). Memandangkan Ibrahim memerlukan tracheostomy, dia hanya dapat berhubung menggunakan laptop, menaip kata-kata yang ingin dia tuturkan.

Ibrahim hanya mampu menggunakan internet dan laptop untuk berhubung dengan dunia luar. Dia amat menginginkan untuk bertemu dengan Sheikh Nabil al-Wadi, seorang ulama dari Kuwait. Dia selalu mengikuti kuliyah dan perkembangan semasa Sheikh melalui internet.



Ayah Ibrahim telahpun memohon bantuan Sheikh Nabil agar datang melawat anaknya. Akhirnya, Sheikh Nabil pun setuju untuk memenuhi hajat Ibrahim.

Setibanya Sheikh Nabil di lapangan terbang, dia di sambut oleh keluarga Ibrahim; ayah dan bapa saudaranya.


Apabila Sheikh Nabil masuk ke bilik Ibrahim, tergambar kegembiraan di raut mukanya melihakan anak muda yang kurus, terlantar di atas katilnya.

Akhirnya tercapailah hajat Ibrahim setelah sekian lama terkurung di dalam penjara biliknya itu. Mulanya beliau amat terharu dengan kehadiran Sheikh Nabil di dalam biliknya, hinggakan tidak dapat berkata-kaa buat seketika. Alhamdulillah, Allah mengkabulkan doa dan harapannya. Bayangkan, tokoh yang sangat ingin kita temui, hadir di tengah-tengah bilik tidur kita?

Begitu sekali kegembiraan Ibrahim hinga tergambar keceriaan di riak mukanya. Siapa yang tidak tersenyum melihat gambar ini?

Lantas Sheikh mencium dahi Ibrahim. Allah.... Betapa ku inginkan dahiku di cium oleh al imam wa al allamah, ya Rabb al alameen!


Mereka lantas berdiskusi berkenaan dengan dakwah melalui medium internet. Ayahnya, bapa saudaranya serta Sheikh Nabil asyik berbincang berkenaan dengan perjalanan dakwah, kepentingan dan apakah yang diperlukan untuk kejayaan dakwah melalui internet.

Dalam ralit bersembang, Syeikh ada menyakaan satu soalan kepada Ibrahim. Ibrahim terhenti sejenak.

Hilang terus cahaya kegembiraan yang tadinya terpancar tika menyambut kehadiran Sheikh Nabil. Menitis air mata Ibrahim, tak henti-henti dia menangis. Teresak-esak.

Sheikh cuba membantu dengan mengesat airmata Ibrahim. Namun, dia tetap menangis teresak-esak. Akhirnya Sheikh cuba mujuk ibrahim dengan kata-kata hikmahnya.



Wahai ikhwan dan akhawat!

Setelah Allah memakbulkan doa kita, apakah yang mampu melenyapkan kegembiraan yang datang itu?

Apakah soalan yang membuatkan Ibrahim menangis?

Ibrahim yang sangat gembira, kemudian tidak dapat menahan sedih lantas menangis sepuas-puasnya!


“Sekiranya Allah memberikanmu nikmat kesihatan, sehingga boleh berjalan, apakah yang akan engkau lakukan?


Mendengarkan soalan ini, Ibrahim lantas menangis teresak-esak.

Ayahnya, bapa saudaranya, dan kemudian, kesemua orang di dalam bilik turut menangis.


“Wallahi! Andai boleh diriku berjalan, maka akan ku tunaikan solat di masjid dengan penuh gembira, dan segala nikmat kesihatan itu akan ku gunakan untuk mendapatkan redha Allah.”

“Dua nikmat hebat yang dipandang enteng oleh manusia ialah nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang”

Hadis riwayat al Bukhari, Tirmidzi dan ibn Majah.

Sumber dari sini.

Monday, May 24, 2010

....Pengakuan dari seorang Ikhwah....

Terkadang bila melayari laman sosial sahabat-sahabat, blog-blog , menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing.

Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat di muka anda terpampang rapi!

MUSLIMAH & GAMBAR : ADA APA DENGANNYA?

Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum? Muslimahku, Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari.

Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. ”

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.

Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….

Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet! Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!

PENYELESAIANNYA….

Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah? Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu.

Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.

Ingat, wajah anda, anugerah Allah.

Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...

Wallahu A’lam..

Monday, May 17, 2010

UJI MINDA anda...

"Test ini sudah dicuba dan kebenarannya sudah terbukti..pilihan Anda
menunjukkan keperibadian Anda...

Anggap diri anda saat ini sedang memasuki
sebuah rumah kecil di tepi sungai di tengah hutan
tebal. Setelah Anda buka pintunya dan masuk,
didalamnya terdapat:


7 tempat tidur kecil di sebelah kanan di sebelah
kiri, terdapat meja makan yang dikelilingi 7 kerusi
kecil. Di tengah-tengah meja terdapat sebuah bekas dengan 6 macam
buah. Buah-buahan
tersebut terdiri daripada:


a. epal
b. pisang
c. limau
d. mangga
e. rambutan
f. papaya


Buah manakah yang akan anda pilih?

Pilihan anda akan menunjukkan sifat-sifat
peribadi anda!
Berfikirlah..dengan berhati-hati....

Sudahkah anda memilih buah pilihan anda?
Ketahuilah jawapannya selepas ini...di sini.

Selepas mengetahui jawapannya, sila komen di atas.