Followers

Sunday, January 9, 2011

.::SUKA DUKA 2010(part1)::.

Assalamualaikum WBT. Selawat dan Salam ke atas Junjungan Rasulullah SAW dan ahli keluarga Baginda..para sahabat Baginda..

Ku panjatkan syukur atas nikmat Iman & Islam,nikmat hidup,nikmat yang boleh bernafas sehingga ke hari ini,dapat lagi kita bertemu pada tahun 2011..tahun yang belum kita tahu apa akan jadi?adakah tahun ini, tahun terakhir kita hidup di alam fana ini?adakah tahun ini kita akan jumpa alam yang abadi?Ya Allah,bersediakah aku untuk menghadapi saat2 genting itu?

Imam Qurtubi menukilkan kalam Abdullah ibn Umar RA di dalam al-Jami' Li Ahkam al-Quran:-

"Bekerjalah kamu untuk dunia kamu seolah-olah akan hidup selamanya.

Dan beramallah untuk akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati keesokannya."

Posting kali ini, aku terasa nak bercerita..kongsi2 pengalaman..kdg2 kita bljr dr pengalaman org lain..moga dpt manfaat.

***CUTI-CUTI MALAYSIA***

Alhamdulilah diberi kelapangan masa untuk menziarahi Serambi Mekah, Kelantan dan Terengganu..Plan yang mengejut, sebab adik aku Ammar katanya nak balik pondok nak ambil barang yang dia bawa masa dia belajar di sana, sambil tunggu keputusan STAM..abang kata alang-alang baik kita ikut sekali, boleh tengok pondok pasir tumbuh..Tapi sayang adik-adik lain tak bleh ikut sebab time sekolah..Bermalam di rumah sepupu, berdepan je dgn pondok..katanya bila ustaz ngajar di masjid pondok, dgr sampai rumah sebab diorg tarik speaker sampai rumah..sampai dah maghrib, rehat2 esoknya bermulalah pengembaraan kami masuk pondok naik kereta..best sgt bleh tgk suasana pondok.kebetulan hari tu, budak2 pondok ada gotong-royong besar-besaran dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu, jadi tersekat la jalan nak masuk kawasan pondok, jln kat situ sempit sikit..pondok rapat satu sama lain..henti kejap minum air..hehe yang lucunya, aku paling2 tgk adik2 tu angkat besi2 buruk,yang aku hairan,napa diorg pakai kain pelikat buat kerja?aku tny la sepupu aku,bang fik..dia jawab, itu peraturan, diorg tak bleh pakai seluar..nak pakai bleh tapi kena pakai kain pelikat atas..adik aku cerita, diorg jd kekok bila keluar pekan pakai seluar, sbb dh biasa pakai kain pelikat dan jubah dlm pondok..pondok pasir tumbuh besar sgt..dia pecah kepada 3 kwsn..kwsn utk pelajar lelaki,perempuan dan berkeluarga..ada org bndr yang dh pencen beli tanah situ buat rumah, nak talaqi kitab kat pondok..habiskan sisa hidup dgn tadah kitab..mmg padat kwsn tu..pantang ada tmpt kosong mesti naikkan rmh..

“Ya Allah, kau bagilah peluang untuk aku belajar di sini, pondok yang banyak melahirkan alim ulama’,banyak melatih diri tentang hidup sebenar sbg org Islam,tggl dlm keadaan sederhana,hanya mementingkan ilmu2Mu semata2”

Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

"Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali."

(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)


Dah penat jln kat pondok, b.fik ajak mkn kat tepi pantai..dia bawa kami ke Pantai Irama, Bachok..fuh menyelerakan mkn budu dengan ditiup angin sepoi2..perut udah kenyang jd bertolak balik, singgah kejap kat rumah tok guru..Tok guru tak balik lagi dari umrah, just tangkap gmbr je dpn rmh beliau..tgk rmhnya, kita boleh nilai dia seorang pemimpin yang sangat zuhud..tak mementingkan kemewahan, tp redha Allah yang dia cari..

Sepanjang jalan pulang,aku melihat banglo2 tersergam indah..rupanya kaya2 blako org2 Kelantan ni noh. tapi apa yang diceritakan oleh media, Kelantan banyak lagi orang miskin sejak diperintah oleh pembangkang.semua itu bohong blako..cerita yang diada2kan oleh mereka, padahal sebaliknya..ish2 suka sangat buat fitnah..mcm mna la wartawan dpt gaji dr kerja mereka yang memfitnah orang, dah tu nak bg anak bini mkn duit tu?insaf2la..


Esoknya jln2 sekitar Kota Bharu,singgah kejap di Pasar Besar Siti Khadijah,klu jln KB,tak sah klu tak tak masuk pasar tu..beli la sikit ole-ole untuk saudara-mara..lps tu terus bertolak keTerengganu, pegi rmh sepupu adik kpd b.fik..sja jln2,dh lama dia ajk p rmh.ni la peluangnya..kbtln kmi smpai ada family husband dia, jd ramai la rmh tu dgn 2 family..esoknya plk jln2 ke pasar payang,beli la apa yang patut untuk adik2..terus ke masjid Kristal solat zohor..posing2 kejap..pastu bertolak la balik ke kedah..

Alhamdulillah dpt manfaat banyak dr ziarah ni..yang plg best jln kat pondok cz dpt tgk benda baru.. “Jauh perjalanan,luas pandangan”

2 comments:

Nur Ilham Impian said...

salam..jauh2 berjalan, byk dilihat..lama-lama hidup byk dirasa..carilah dunia sampai engkau dapat..tuntutlah akhirat walaupun di mana... (lirik lagu nasyid zaman sek rendah)...

aMrinA_rAsyAda said...

syukran, atas peringatan, moga dpt manfaat bersama hasil pengkongsian ini..