Sekali lagi saya anda ingatkan, bila Nibiru melalui nanti (diteorikan), 2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki), iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi), dan... (teori 2 gerhana pada tahun 80 han "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012), dan sekiranya teori ini benar2 berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda2 kecil, dan kehadiran tanda2 besar pasti berlaku tanpa berlaku.
KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat kajian...sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari, gelombang2 pancaran akan keluar, dan menjahanamkan semua sistem2 dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api, dan ini bermakna, semua apa sahaja jentera langit dan bumi, asalkan yang mempunyai saluran elektrik, akan dengan sendirinya tidak berfungsi, satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, tenaga elektrik, henfon, playstation tidak akan langsung berfungsi lagi, dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi...
=tiada 1 hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat2 yang selain pernah nabi sendiri pakai=
sekiranya kajian saya di atas, maka salah, apa sahaja teknologi moden hari ini, persenjataan tercanggih, akan menjadi tidak aktif dan collapse...maka hidup anda pada selepas peristiwa besar ini berlaku, adalah 1 kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik, manusia akan kembali kepada fitrah semula, dan mana2 manusia yang tinggal di bandar, adalah manusia yang paling rugi di kala itu, kerana... bandar yang duduki itu sedang tenggelam, kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim, seperti banyak yang ada di tanah Melayu...
Kepada semua angkatan Teknik_Keris,
Saya pernah pesan gunakan duit untung trading untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di pedalaman
-menguasai sungai2 dan pinggiran gunung -membeli kuda 1 orang 2 ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik pancutan iaitu MEMANAH
-dan kembali mengajar anak2 kamu semua berenang
Ketahuilah, Kita ada tak sampai 41 tahun aje lagi sebelum tasik galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 41 tahun aje lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali, sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi, dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di keliling kita, menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan2...dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi isa, dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan, sekali lagi saya ingatkan, anda hanya ada 41 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar, bila 1 tanda besar keluar, maka lengkaplah semua tanda2 kecil, bila 1 tanda besar keluar, akan datang tanda2 besar seterusnya tanpa ragu2...
Dan ingatlah wahai Muslimin,
Doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman, dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad, dari susurgalur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda hensem bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi, percayalah, di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad, kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahdi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat, carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Alquran) dan kerana itulah, Solat 5 Waktu di tahiyat akhir, akan selalu kita bacakan nama 2 Nabi itu.
Pesanan Terakhir,
Langsaikan hutang secepat mungkin,
tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,
kumpulkan kain2 yang tahan lama,
ternak dan gembala kambing,
ajar anak anak menunggang kuda,
simpan cermin mata anda sebaik mungkin,
banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,
banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,
latihkan anak2 Melayu kita dengan kemahiran memanah,
banyakkan berenang di waktu petang,
minta maaf pada saudara2 dekat dan saudara2 jauh,
kita kena cepat mintak maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajal menguasai hari)
Kalau perlu, sila sebar2kan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu.
Carilah Hadis SAHIH tentang tasik ini sampai dapat, saya sudahpun sediakan pancingnya, tinggal anda mendapatkan ikannya...kemudian, ramai2lah bincang di sini, sebelum elektrik takde di kemudian hari.
Yang Iklas,
Megat Panji Alam,
Teknik Keris.
p/s : jgn kita terlalu percayakan cerita ini selagi kita tak jumpa hadis sahih..tp kita ambillah sedikit input dari cerita ini sebagai peringatan supaya kita lebih bersedia menghadapi hari kiamat kelak,yang tidak tahu bilanya akan terjadi..Adakah hari ini?esok?bulan depan?atau tahun depan?kita tidak tahu rancangan Allah yang Maha Hebat..kita cuma hamba yang kerdil,yang tak dapat memikirkan sesuatu di luar jangkaan pemikiran kita..sama-sama muhasabah..
Sumber: rahsia@dunia blog
2 comments:
salam,
sangat bermanfaat peringatan ini, trima kasih.
ya,sama2 beri peringatan..klu btl2 tasik galilee antra tnda2 kiamat,masyaallah kiamat dh nk dekat ni..carilah bekal sblm kita menghadapinya..Insyaallah
Post a Comment