Followers

Tuesday, April 26, 2011

.::IJTIMA' SAQAFAH TARBIYAH::.

Alhamdulillah, pujian hanya untuk Allah S.W.T, yang mentadbir sekalian alam.

Selawat dan salam buat kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W.

Peristiwa demi peristiwa, pengalaman demi pengalaman bisa mematangkan diri untuk terus hidup menghambakan diri kepada Allah Azza Wa Jalla.

Alhamdulillah, khamis yang lepas diberi peluang join program adik2 sekolah menengah agama seluruh Kedah, alang2 bleh jumpa adik2 maahad kat program tersebut, program ISTAR (Ijtima' Saqafah Tarbiyah) under PAKSI, Allah best sgt, kebetulan malam tu Ust. Zainul Asri bg ceramah. Rindunya suasana program zmn sekolah, sekarang kurang la halawah tu. Biasala mana nk jumpa lg tempat yang sama. Suasana sekolah tak sama dgn suasana di ipt. Sahabat pun mana ada yang sama, lain perangai lain perwatakkan. Curi-curi masa nak pergi, walaupun dlm fatrah exam. Rasa diri ini kosong sgt dgn ilmu ukhrawi, jz tumpu madah exam. Sedikit pengkongsian ilmu yang ana dapat dlm ceramah Ust. Zainul, atau lebih mesra dipanggil Pak Long.

Pak Long bercakap pasal rukun baiah yang ketiga, Amal. Amal kembar kepada Iman. Jika nak tingkatkan iman, mesti kita kena beramal soleh. 2 cabang inilah antara penyebab Islam akan menang, agama Islam akan jd kukuh dan mendapat kebahagian dunia akhirat. Ana bg contoh semasa peperangan zaman seorang sahabat. Pernah mereka kalah dlm peperangan, sahabat tersebut lakukan postmortem. Sepertiga malam, sahabat tersebut melawat kawasan khemah, dilihatnya semua khemah bangun utk qiamullail, kecuali satu khemah penghuninya sedang tidur. Kesimpulan, jika kita tak beramal soleh dgn Allah macam mana Islam akan menang terutama kemenangan Islam di Malaysia.

Nak mantapkan Iman??

  • Jaga kefardhuan yang difardhukan oleh Allah kepada kita.

-Solat jemaah- sibuk macam mana pun, jangan kurang solat jemaah 3 waktu, usaha untuk dapatkan takbiratul ‘ula kerana solat itu paling berkualiti.

· Kusyuk

-tumpukan pandangan mata ke tempat sujud, jangan biarkan mata meliar, ia akan membuatkan fikiran akan melayang memikirkan benda2 lain. Kecuali semasa tahiyat akhir ketika jari telunjuk diangkat, mata akan tertumpu kepadanya.

[ada seorang sahabat dipanah di bahagian bahu ketika peperangan, sahabat lain ingin mencabut tetapi dia sakit yang teramat jadi dia meminta panah tersebut dicabut ketika dia sedang solat. Ketika solat sahabat lain mencabut panah tanpa melihat reaksi kesakitan oleh sahabat tersebut, menampakkan dia betul2 kusyuk ketika solat]

*erm jz selingan,seorang ustaz ditanya soalan ‘bagaimana cara nak mengetahui barang lupa letak di mana’ (mungkin la ada doa)..ustaz tu jwb dgn tak serius, ‘solat dulu nnt jumpa la barang tu’

· Perbanyakkan solat sunat lebih2 lagi solat sunat qobliah dan ba’diah.

· Jaga pandangan mata, mata akan membuatkan hati tak terjaga, jika hati tak terjaga maka akan hilanglah kemanisan semasa berdepan dengan Allah.

· Warak(berada di atas landasan Allah)

-jika nak Islam menang, jadilah kumpulan pendesak dgn cara beramal soleh dan meramaikan kumpulan seperti kita.

MEMBINA PERIBADI MUSLIM

Merasa tenang melihat mukanya, peribadinya, kalau sebaliknya, dia bukan dikira seorang muslim lagi. Dia akan tenang, bila Allah sentiasa di hati (bukan, TV9, dekat di hati ^_^) tapi Allah yang utama.

على بذكر الله تطمئن القلوب

-ketika Ustaz Nikmat Bin Yusof berada di tengah2 kota London, sepasang kekasih yang melihat beliau dari seberang jalan merapati beliau dan berkata ‘tenangnya aku tengok muka kamu, mesti kamu lagi tenang kan?’

-saat Tok Guru Nik Aziz di serang di setiap penjuru, tapi dia tak cepat melatah, kerana beliau tahu beliau di tempat yang benar. Beliau yakin Allah akan memberi jalan keluar untuk mengatasinya. Pelbagai cara, pelbagai tohmahan dilemparkan untuk menjatuhkan negeri Kelantan, tapi Allah tetap menjaga negeri ini dari diambil oleh pihak tertentu.

-mekaplah, hiaslah macam mana pun kalau hati tak tenang wajah akan memberi jawapan dengan sendirinya. Mimik muka akan berubah, percakapan juga akan berubah kerana hati dalam keadaan yang sangat serabut. Tapi jika kita betul yakin dengan Allah, muka, perbuatan, percakapan akan jadi lancar tanpa kita minta.

FARDHU MUSLIM

1)Memiliki tubuh badan yang kuat

-jangan makan terlalu kenyang satu2 masa, tapi keraplah makan.

-amalkan puasa kerana ia akan meneutralkan badan.

2) Akhlak yang mantap

- Akhlak seseorang itu tinggi jika,

· Boleh tahan marah (Sabar)

· Boleh memaafkan orang lain

· Mudah dibawa berbincang

3) Memiliki pemikiran yang luas

4)Mampu berusaha

5)Akidah yang sejahtera

6)Ibadah yang sohih

7)Mujahadah melawan hawa nafsu

-jangan jadikan diri alat kepada nafsu

8) Jaga waktu

9) Hidup tersusun

-boleh dinilai dari perwatakkan, dan ketika menziarahinya

10) Bermanfaat untuk orang lain

-lemparlah ke mana pun, akan bermanfaat untuk orang lain.

-kata orang utara ‘orang boleh tumpang’

BAITUL MUSLIM

-Jadikan rumah suasana seperti masjid

-Jika tak seronok di rumah bukan dikira syurga di dunia, tapi wujudlah ‘Al-Baiti Jannati’

- Di masjid solat jemaah. Di rumah banyakkan solat sunat kerana ia nur @ cahaya yang menerangi rumah kita.

DAULAH ISLAMIAH

v Negara takkan aman jika solat di masjid pun tak tenang.

-Pak Long cerita ketika dia nak tunaikan solat di masjid di KL, Pak Long letak hanset di depan tempat sujud tapi ditegur oleh pemandunya, dia cakap di0rg akan curi ketika kita sujud.

v Perkara seperti ini takkan terjadi kalau kita laksanakan hukum hudud, Negara akan lebih aman dari jenayah.

No comments: