Followers

Saturday, April 2, 2011

.::HILANGNYA SEBUTIR PERMATA::.

Assalamualaikum w.b.t..

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan ahli keluarga baginda...

Alhamdulillah Maha Suci Allah yang masih memberi kesempatan bagi ana untuk mencoret sesuatu di dalam blog ini dan kerana kasih sayangNya juga yang telah mengambil nyawa hambaNya yang Dia sayang untuk berada bersamaNya..

Pd bulan lepas, bulan Mac, bulan yang ana tak akan lupa dalam diari hidup ana..seorang adik junior yang dikira rapat dengan ana telah kembali ke rahmatullah kerana kemalangan. Air mata akan menitis apabila terkenang kenangan bersamanya, lawak selambanya, yang arwah sendiri tidak ketawa walaupun orang sekeliling mengekek-ngekek ketawakannya, betul2 membuatkan kami terkenang senda guraunya ketika bersama kami dulu. Bukan ana ingin merapati pemergian beliau tetapi cuma ingin simpan memori bertulis ini dlm blog, moga2 kenangan bersamanya menjadi nota2 kerinduan ana padanya kelak walaupun peristiwa itu sudah lama berlalu.

Tidak lama sebelum kejadian, Allah telah memberi ana sebuah memori dengannya. Pada pagi Jumaat, kami kadang2 diberi kesempatan untuk menghadiri kuliah mingguan Dato' Haron Din di Dewan Mentaloon. Sebelum bertolak, arwah ke koperasi asrama untuk membeli air untuk dibacakan doa oleh Dato', kebetulan pula ana berada di situ, arwah ajak pergi sekali, nak dijadikan cerita motor ana kak senior pinjam ada kat rumah sewa, jadi ana naik dulu dengan arwah untuk ke rumah sewa. Mulanya, arwah suruh ana bawa tetapi ana menolak, ana kata "bila lagi Qiah nak bawa kak?" dia kata "ok2 Qiah bawa". Dah sampai rumah sewa kebetulan sahabat ana goreng mee, jadi kami makan dulu sambil tunggu ahli rumah bersiap. Teringat pujian arwah kat mee yang shbt ana grg, "erm, sedapnya kak masak". Sampai skrg shbt ana masih terkenang saat2 itu.

Kami bertolak dh lewat, ramai sgt org sampai tiada tempat duduk, Qiah beria2 nak letak botol air di bahagian hadapan pentas utk didoakan, Alhamdulillah, kami berkesempatan sbb ada kak senior berdekatan pentas, Kami tercari2 tempat utk duduk, last kami ambil keputusan duduk di tepi di atas pentas menghala sisi Dato'. walaupun tak memandang depan Dato' tapi kami puas sbb jelas suaranya, dan kami puas walaupun dtg lmbt. Time balik, kami masing2 berpecah, Qiah nak balik cpt, tp ana nk jln2 dulu kat gerai. Air ada di tangan ana. Ana bawa balik ke asrama, simpan di bilik jaksa. Qiah tak sempat nak pergi ambil, katanya sibuk dgn kelas.


Satu lagi kenangan bersamanya, ketika program asrama, program last beliau. Hari Mesra Antara Siswi Al-Faraby (HAMAS AL-FARABY). Beliau jadi timbalan Unit Publisiti, program tu ana jadi Timb. Pengarah, jadi banyak benda arwah selalu rujuk pada ana, dia seorang rendah diri."Maaf kak, Qiah banyak tanya,Qiah tak berapa pandai ttg unit ni" kebetulan beliau jarang turun mesyuarat sbb toknya baru meninggal time tu, jadi beliau terpaksa berulang alik. Ana respect kat arwah sbb walaupun dlm keadaan mcm tu, arwah ttp ingat amanahnya.

.
(Arwah bertudung ungu, ketika program HAMAS)

Arwah orang yang aktif dalam berprogram, pernah memegang JAKSA sesi 09/10, menjadi naqibah. Perkataan yang selalu dia ucap "Qiah ni tak pandai sgt dakwah2 ni, Qiah sekolah menengah je dulu". Tapi ana kagum dengannya, sbb ketika arwah di hospital, adik2 usrahnya sanggup tunggu ketika arwah sedang dibedah walaupun dah lewat. Usrahnya berjaya sebab dia berjaya mengikat hati2 adik ini untuk berkorban ketika shbt lain dlm kesusahan. Dia menyemai sikap ini dlm diri adik2 usrahnya.

Arwah koma beberapa hari. Di bahagian ICU sentiasa dipenuhi saudara & shbt2nya utk melawat memberi semangat untuknya. Tidak sanggup menatap wajahnya terlalu lama, tidak sanggup melihat penderitaan yang dialaminya ketika arwah koma. Kadang2 air mata arwah jatuh, mungkin arwah mendengar kata2 semangat yang dibisikkan di telinga walaupun lemah untuk arwah membuka mata, memberi tindak balas lain. Air mata ini terus mengalir deras saat ana mendengar keluhan umi "Umi tak sanggup tengok Siti sakit, umi redha klu Siti pergi daripada tgk Siti sakit menderita". walaupun pada mulanya umi lemah mendengar berita kemalangannya. Qiah lebih mesra dipanggil Siti di kalangan familynya. Ketika itu, ana teringatkan air yang didoakan oleh Dato' Haron Din, arwah tak sempat mengambil. Ana minta shbt ana bawa ke hospital. Cukuplah air itu mengalir dlm badannya walaupun arwah tak sempat minum. Ana rasa klu air tu tak dibawa, mungkin perasaan bersalah akan ada pd ana sbb ana tak menghantarkanya sblm tu.

Cukuplah ana katakan, arwah kemalangan bertembung dengan kereta di simpang berhadapan dengan TESCO Mergong. Ana tak berani menceritakan kronologi kejadian. Banyak andaian yang dibuat pelbagai pihak. Allah Maha Kuasa, Dia sayang pada arwah, dan Dia juga sayang pada shbt Arwah yang sama2 naiki motor bersamanya, utk terus hidup bagi dia meneruskan perjuangan utk Islam. Sahabat arwah hanya luka ringan.

Ketika saat2 terakhirnya di dunia ini, rumahnya dipenuhi ramai orang untuk memberi penghormatan terakhir untuknya, menghadiahkan Al-Fatihah mengiringi pemergiannya. Ana tak kesempatan utk melihat pengebumian arwah krn banyak taklif yang tak diselesaikan di kampus. Tapi ana bersyukur dapat melihat arwah setiap hari ketika komanya. Cukuplah merenung & menatap wajahnya, walaupun ana tahu dia tak dapat membalasnya.

Ya Allah, moga Engkau tempatkan arwah dikalangan orang2 yang beriman dan solehah. Walaupun kami kehilangan sebutir permata Islam tapi Kau masih meninggalkan kami permata2 lain yang boleh meneruskan perjuanganMu menegakkan kalimahMu. Kami redha atas pemergiannya.

Sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Siti Naqiah bt Mahadzir.

2 comments:

asyraf said...

errmmm....

makwa said...

askum,ana bkan lah sahabat arwah,ttpi ana adalah kwan adik arwah...ana trut sedih bla dia brkngsi ksdihnnya dngn ana...ana hrap kwan ana akn tabah mnghdpi ujian ini...wassalam